Thursday, March 24, 2011

Rahmat Allah

Salam

Semakin hari semakin saya rasai bagaimana rasanya menjadi seorang ibu. Bermula dengan muntah sepanjang hari pada dua hingga empat bulan pertama. Saya hairan sendiri, selalunya saya dengar orang menyebut tentang 'morning sickness' tapi kalau muntah seperti saya, pagi, petang, siang dan malam, masihkah di panggil 'morning sickness'? Hilang muntah saya mengalami sakit-sakit badan dan kepala yang teruk. Apa puncanya saya tidak tahu. Sakitnya memang menyengat dan menganggu jadual harian saya. Semuanya jadi tidak kena, rancangan jadi terganggu. Komitmen terhadap projek-projek terasa begitu memberikan tekanan. Akibatnya sudah 2/3 kali saya menangis kerana rasa tension melakukan assignment dan homework. Keadaan jadi semakin serius bila ada di antara group member yang lepas tangan. Saya yang berbadan dua dikerah tenaga sehingga pitam sedangkan dia, mahu goyang kaki dan bersenang hati. Saya masih dapat menahan perasaan bila kerja sedikit bertimbun, tapi bila dituduh tidak menghargai usahanya, hati saya sakit.

Alhamdulillah, segalanya sudah berlalu. Sem kali ini semakin hampir ke penghujungnya dan peperiksaan akhir semakin menghampiri. Saya memanjatkan doa agar Allah permudahkan semuanya. Jujur saya katakan, kalau diikutkan perasaan, saya hanya mahu melayan rasa sakit dan kurang selesa dengan berbaring dan bersenang-senang di atas katil. Malas mahu menelaah pelajaran. Tapi bila dikenangkan harapan suami dan keluarga yang menggunung tinggi, saya jadi tidak sampai hati. Ya Allah permudahkanlah segalanya, kalau tidak kerana doa saya maka biarlah kerana harapan mereka yang mahukan kejayaan(suami dan keluarga) saya.

Tidak lama lagi saya akan menyambut harijadi yang ke 24. Jujur saya katakan, dulu saya mempunyai pelbagai impian dan angan untuk harijadi kali ini. Kenapa? Kerana ini adalah pertama kali saya menyambutnya setelah bergelar isteri. Dulu, sebelum mendirikan rumah tangga, pelbagai angan saya pasakkan. Mahu menyambutnya dengan makan malam romantik atau berkelah di tepi air terjun. Tapi itu semua dulu, setahun sudah berlalu.

Tapi kini semuanya berbeza, saya tidak meminta apa-apa. Besar sudah anugerah Allah buat saya. Saya dapat berkahwin dengan lelaki yang saya cintai, bakal mempunyai cahaya mata dan hidup dalam serdahana. Bila saya muhasabah kembali kehidupan saya, banyak yang Allah kurniakan pada saya. Rahmat dan kasih sayangnya tidak pernah putus, sentiasa sampai melalui cinta suami dan keluarga. Mungkin saya diuji dengan sakit tanpa henti, tapi cinta suami yang tak berbelah bagi tak mungkin saya tukar ganti. Sokongan suami yang padu, bermula dari hari pertama perkahwinan kami sehinggalah kini, di saat saya mengandungkan anak pertama kami. Dialah suami, dialah pengurus rumah tangga dan dia jugalah pencari rezeki. Tatkala payah menjengah, dia berkorban rasa, mendahulukan saya dalam segalanya. Dan keluarga, bila mana saya mahu menumpang teduh, mahu bermanja sebagai seorang anak, tangan mama sentiasa terbuka, bibir abah sentiasa menguntum senyum menyambut kehadiran saya. Besarnya rahmat Allah dan betapa bertuahnya saya, dapat merasainya melalui pelbagai cara.

Jadi, kalau masih ada yang bertanya apa yang saya mahu untuk harijadi kali ini, maka satu saja yang saya minta. Doakan cinta saya, suami dan keluarga kekal buat selamanya, dunia dan akhirat.

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangakan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya.

p/s: Abang, saya tahu abang baca blog saya senyap-senyap. Khas untuk abang, ana uhibbuka. Jiddan! :)


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...