Friday, January 28, 2011

Jangan Jemu Tuntut Ilmu

Salam

Lama saya tinggalkan blog ini menyepi. Bukan tidak ada perkara yang mahu di kongsikan, malahan terlampau banyak cumanya masa itu bukan milik saya. Banyak waktu saya luangkan untuk berehat. Lebih kepada mengawal pernafasan kerana tidak mahu muntah sepanjang masa. :) Biar pahit saya harus mengaku, peruntukkan masa untuk belajar benar-benar terganggu. Mungkin kerana semangat saya yang semakin hilang ditiup angin. Angin mahu bersenang-senang, merehatkan perut sentiasa meragam minta di isi, tapi bila di isi, semuanya akan di muntahkan kembali. Payah bukan menjadi seorang ibu? Tapi saya bahagia. Kadang-kadang saya bercakap sendiri dengan bayi dalam kandungan, memujuknya agar makan. Hehehe :) Pernah sekali saya bermimpi bermain-main dengan seorang bayi, sedar saja dari tidur hati saya melonjak. Tidak sabar mahu melahirkan. Ya Allah, mohon semuanya selamat hingga ke akhirnya.

Saya tidak berniat pun mahu meng'update' blog hari ini. Tapi bila pagi tadi dapat tahu Aniza sedang meng'update' blog, saya jadi excited. Biar blog ini menjadi medium kami yang sudah berkahwin bertukar-tukar cerita. Maklumlah, bila sudah punya keluarga sendiri, peruntukkan masa untuk bersosial agak kurang. Bukan kerana sudah punya suami jadi tidak memerlukan rakan tapi kerana tuntutan tanggungjawab yang semakin bertambah. Seharusnya itu harus didahulukan. Beberapa hari ini, saya amat rindu pada Ain, Wawa, Kak Ila dan Sarina. In fact, kelmarin saya bermimpi Kak Ila menemani saya tidur. Oh, sungguh saya rindu. Bila masanya saya boleh meluang masa bersama mereka, punya kudrat untuk memanjat bangunan Mahallah Asiah tingkat 4. -_-'

UIA akan bercuti selama seminggu. Mungkin ini masanya saya mengembalikan semangat yang telah pudar. Semangat mencari ilmu, bukankan menuntut ilmu itu dituntut di dalam Islam. Sepatutnya saya sebagai ibu yang mengandung menunjukkan contoh yang baik buat bayi yang bakal di lahirkan. Moganya, dia juga akan menjadi seorang pencinta ilmu seperti bapanya. Seorang pencinta ilmu yang tidak pernah jemu mengahdap buku. :)

Barang siapa berjalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. (HR. Muslim).

Daripada Abu Darda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."

"Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu, karena ridha sekali dengan apa yang dilakukan oleh orang itu."

"Sesungguhnya orang berilmu dimohonkan pengampunan untuknya oleh semua penghuni di langit dan penghuni-penghuni di bumi, sampai ikan-ikan yu yang ada di dalam air."

"Keutamaan orang berilmu ke atas orang yang beribadat adalah seperti keutamaan bulan atas bintang-bintang yang lain."

"Sesungguhnya para alim ulama adalah pewarisnya para Nabi, sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar ataupun dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa dapat mengambil ilmu itu, maka ia telah mengambil dengan bagian yang banyak sekali."

(Riwayat Abu Dawud dan Termidzi)

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangakan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya.

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

3 comments:

  1. good2...kita mesti kuat cari ilmu! insyaallah ALLAH permudahkan semuanya.

    ReplyDelete
  2. terharunya akk smpai nabila termimpi akk...hehe...insyaAllah ada masa kte jmpa...akk pn skrg dh off campus...moga Allah permudahkan segalanya buat nabila :)

    ReplyDelete
  3. To Aniza

    Salam. InsyaAllah. Doakan aku yang selalu jer lemah ni. Alahai~ :p

    To Kak Ila

    Thanks Kak la, hr tue sye pg Mahallah. Jmp Wawa, Ain and Sarina tp tak jmp Kak La pun. Pnjg lebar Wawa bercerita. X sbr nk tgk cter Kak La plak. Bila masanya ya?

    ReplyDelete

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...