Thursday, December 2, 2010

Pervert

Salam

Hari ini saya dikejutkan dengan peristiwa yang tidak pernah saya alami. ID saya dicuri! Saya jadi panik bila seorang teman-Atikah Hatta menghantar SMS kepada saya, bertanya adakah saya benar-benar tidak mengetahui nama penuh Nurul (seorang teman sebilik di IIC). Saya pada mulanya tidak dapat mengagak situasi sebenar, sehinggalah Atie memberi tahu yang dia sedang ber'chat' dengan saya di Facebook sedangkan saya ketika itu sedang meluang masa bersama suami.

Imbas kembali.

Saya menerima mesej melalui YM dari seseorang yang menggunakan ID solehah.wanita, dan dia mengaku sebagai adik saya. Bila saya tanyakan adik yang mana satu, dia menyuruh saya meneka. Dan saya meneka adik yang ke empat memandangkan hanya adik saya yang ke empat sahaja yang suka bergurau senda tanpa mengira tempat. Kami berbual ringkas kerana saya mahu bersolat jemaah bersama suami.

Kali kedua dia menegur saya, dia masih lagi meneruskan lakonan sebagai adik saya. Tapi kali ini dia bertanyakan tips untuk membeli pakaian dalam wanita. Selaku kakak, saya memberikan saranan yang sepatutnya, tidak mahu adik saya salah dalam membuat keputusan. Pemilihan yang salah akan mengundang ketidak selesaan dan menyebabkan pembaziran. Makanya saya bersungguh-sungguh menasihati beliau. Konon keliru dan tidak mahu membuat kesilapan, dia meminta saya membuka videocam dan menunjukkan pakaian dalam itu. Dengan alasan mahu gambaran yang lebih jelas. Alhamdulillah, saya menolak. Tidak masuk akal langsung pada saya. Apabila cubaannya gagal, dia mempelawa saya untuk menemaninya membeli pakaian dalam keesokkan harinya. Sekali lagi, Alhamdulillah, saya tidak mempunyai masa terluang untuk menemani 'adik' dusta saya itu.

Hari ini sekali lagi dia menegur saya dan saya sekali lagi membebel kerana di sapa ketika waktu Maghrib. Waktu Maghrib adalah waktu wajib saya dan suami bersolat jemaah kerana pada waktu yang lain suami tidak ada di rumah. Melihatkan saya mahu menarik diri, dia cepat-cepat memberitahu tentang masalah yang kononnya di hadapi. Dia meminta email dan password FB saya dengan alasan mahu meng'view' FB nya yang telah di block. Saya memberinya tanpa lengah, kemudiaanya dia meminta password email pula. Katanya mahu menghantar report pada FB kerana meng'block' akaunnya. Kerana naluri kakak yang tidak mahu adiknya bersusah-susah mencari orang lain meminta pertolongan, saya memberikan segala maklumat yang diperlukan. Selesai semuanya, saya bersolat jemaah bersama suami dan terus keluar menjamu selera.

Pulang dari rumah, saya bersantai-santai bersama suami. Meluang masa setelah menikmati rezeki yang Allah berikan. Tidak sampai 10minit, seorang rakan menghantar mesej ke HP saya. Pelik dengan perwatakan saya yang tidak tahu menahu tentang beberapa perkara penting. Saya cuba meng'access' FB dan email namun semua password telah ditukar. Saya jadi panik, pelbagai cara saya cuba dan Alhamdulillah, Allah menyebelahi saya. Allah telah melorongkan saya ke cara yang betul dan FB dan email saya kembali recover. Saya sekali lagi menjadi pemilik yang sah.

Malangnya sepanjang ID saya di curi, pencuri itu telah menyamar menjadi saya dan ber'chit chat' dengan teman-teman saya. Dengan liciknya dia membawa topik perbualan itu kepada perihal pakaian dalam wanita. Bermula dengan menyebut pakaian dalam jenama Avon dan Victoria, dia semakin galak cuba menyungkil perkara-perkara sulit. Alhamdulillah, Allah menyampakkan ilham kepada teman saya. Rasa ragu mula menyinggah hatinya dan dia menghantar SMS ke HP saya. Setakat pengetahuan saya, 2 orang teman saya berjaya di tipu daya. Selebihnya masih lagi dalam siasatan, saya masih ternanti-nanti andai ada komplen dari teman-teman tentang peristiwa ini.

Nampak seperti ringkas saja kejadiaan ini tapi saya pasti pencuri ID ini punya agenda tersendiri. Bukan sekadar mahu merangsang imaginasi bagi memuaskan nafsu tapi juga mahu mengambil kesempatan secara fizikal. Pelawaannya untuk berjumpa tentu sahaja mempunyai maksud yang tertentu, ada niat jahat disebalik rancangan itu. Rasa marah membuak-buak dalam hati saya. Geram dengan tindakan yang tidak tahu malu dan cuba mengambil kesempatan terhadap wanita.

Ya Allah yang maha adil lagi maha berkuasa. Yang pembalasannya digeruni setiap yang berdosa, jangan kau izinkan 'manusia ini' meneruskan agendanya, patahkan segala rancangannnya, kacau bilaukan hatinya yang menyembah nafsu dan kau tunjukilah dia jalan yang menuju kebahagiaan tanpa perlu bertuhankan nafsu serakah. Dan akhir sekali Ya Allah, yang berkuasa ke atas segala sesuatu, peliharakanlah mereka yang tidak berdosa dari rancangan manusia-manusia hina.

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya.

p/s: Disini saya sertakan link yang boleh dirujuk mengenai cara untuk membuat laporan atau mengatasi masalah yang seperti ini. InsyaAllah.





Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...