Friday, October 29, 2010

Bila Dunia Semakin Tua

Salam

Seperti biasa, sebelum suami melangkah ke tempat kerja, kami akan mengambil masa yang ada bersembang-sembang. Memulakan hari dengan berkongsi cerita. Sharing is caring. Setiap masa yang ada kalau boleh , saya mahu meluangkannnya bersama suami, maklum, semenjak dia bekerja secara office hour saya merasakan masa kami bersama semakin berkurang. Jadinya, saya cuba sedaya upaya menggunakan masa yang kami ada sebaik mungkin. Tazkirah hari ini mengenai keadaan 'moral' Malaysia. Macam-macam cerita yang tidak sedap didengar telinga menimbulkan rasa takut dalam diri saya. Dunia ini semakin dimamah usai, semakin berada di akhir zaman. Kedengarannya semakin banyak binasa yang terjadi, maksiat pun semakin menjadi-jadi. Nauzubillah, semoga kita semua terpelihara dari segala rencah kemaksiatan dan kehinaan.

1. Islamic Fashion Show.

Katanya...
























Saya tidak mahu memberi komen panjang. Kita nilai sendiri. Inikah fesyen islam? Saya merasa sakit hati melihat kejahilan itu dipromosikan serata dunia. Tidak kira apa pun alasannya, tahu atau tidak tahu, ianya harus dihentikan segera. Yang bertanggunjawab harus perbetulkan segalanya dan kita yang masih 'siuman' harus mengambil tanggungjawab untuk mengelakkan 'barah' ini daripada menular di kalangan masyarakat.


















































2. Kelab Malam dan Spa

Alasannya mahu meningkatkan Industri Pelancongan, wajarkah? Bukankah pelancong datang ke Malaysia untuk melihat budaya dan kecantikkan alam semulajadi yang ada di Malaysia? Untuk apa mereka datang ke kelab malam di Malaysia sedangkan kelab malam di negara mereka sendiri lebih dahsyat. Sebetulnya kelab malam itu untuk siapa. Siapa majoriti yang menghadiri kelab malam? Pelancong atau rakyat Malaysia sendiri? Sungguh tidak berfikir panjang. Kalau pun tidak berfikir tentang agama, fikirlah secara logik akal. Rentetan penubuhan kelab malam dan spa ini tentunya masalah sosial yang semakin meningkat dan pembuangan bayi yang ramainya tidak terkira. Menangani masalah ini juga memerlukan peruntukkan, jadinya, segala hasil dari kelab malam akan menjadi sumber untuk membasmi masalah yang ditimbulkan kelab malam. Boleh jadi hasilnya pun tidak mencukupi untuk menganggung keruntuhan moral itu nanti.







































Ya Allah, siapalah yang mahu menanggung dosa yang sebegitu banyak. Saya jadi risau, andai maksiat berleluasa, tentu sahaja Malaysia akan ditimpakan dengan bala bencana. Waktu itu, tidak ada yang terkecuali, tahu atau tidak tahu, baik atau jahat. Tetap akan ditimpakan bala bencana. Astaghfirullah. Saya panjatkan doa, semoga Allah menghalang mereka dari terus menerus melakukan kerosakkan di muka bumi ini.

Sesungguhnya apabila manusia melihat kemungkaran tetapi mereka tidak mengubahnya, hampir-hampir Allah akan menjadikan azabnya melanda semua orang.

Zainab bertanya kepada RasulAllah SAW: "Adakah kami akan binasa ditimpa azab Allah sedangkan di kalangan kami ada orang-orang yang soleh?". RasulAllah SAW menjawab: "Ya, jika banyak kemaksiatan".

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaaNya.


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

2 comments:

  1. Rosmah tu ngok. yg permaisuri Qatar pun same ngok. Die igt tutup aurat tu mcm tutp tahi lalat? Wat malu je.. N menyakitkan ati.

    ReplyDelete
  2. itulah cabaran buat seorang muslim yang mengaku dirinya Muslim..tak boleh sekadar melihat dan merasa takut. Tugas seorang da'ie, murabbi itu terlampau banyak!jangan lelah mengira tugas2 uni, sedangkan cabaran di luar kita tak amik peduli. lihat adik beradik kita..lihat sahabat2 kita..lihat society sekeliling..sudah terjagakah aurat mereka?sudah terdisiplinkah akhlak mereka..? ada juga yang terkeliru sopan dgn berbaju kurung tapi rambut melayang2..
    so kita yang dah tahu ni, kita sedaya sebarkan kesedaran. cr lg ilmu dr murabbi2..kita mula cr mad'u utk kita sambung tarbiyyah..tugas muslim itu banyak, tapi Allah sentiasa ada membimbing..

    ReplyDelete

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...