Wednesday, October 27, 2010

Semangat

Salam

Semenjak menaik taraf blog ni, semangat untuk menulis seperti berkobar-kobar. Ah, selalunya begini, asal saja mahu menghadapi imtihan, ada saja gangguan lain. Semangat untuk mengemas, semangat untuk menulis dan rasa mengantok pun lebih kuat daripada biasa. Dugaan.

Baru-baru ini keadaan kesihatan suami agak tidak baik. Awal pagi dia akan merungut tentang rasa seperti mahu demam dan sakit tekak. Yang herannya, balik makan tengah hari dia kelihatan segar dan bertenaga. Bila ditanya dia mudah menjawab, 'pagi tadi memang rasa nak demam,sekarang pun rasa juga tapi dah OK sedikit'. Saya malas mahu banyak soal, yang penting suami saya sihat wal afiat.

Oh ya, saya mula mendidik diri memanggil suami 'abang' dan bukan lagi 'awak'. Untuk mendisplinkan diri, kami membuat syarat. Kalau saya tersasul, tersalah panggil, suami akan 'lempang' dan kalau suami tidak membahasakan dirinya 'abang', saya akan mencubit. Kelakar. Riuh rendah jadinya. Dan buat masa ini sudah 2/3 kali pipi saya ditampar lembut. Saya akan gigihkan usaha, mahu panggil 'abang'.

Saya bakal menghadiri dua jamuan dan rasa teruja itu bagai tak tertahan-tahan. Entah kenapa saya rasa seperti seronok pula mahu bersosial, bergaul dengan masyarakat. Mungkin semenjak berkahwin kehidupan saya lebih tertumpu di rumah. Pagi bersiap ke kelas, sepanjang hari menghadiri kelas dan petangnya suami akan datang menjemput saya. Pulang ke rumah, saya melakukan kerja-kerja housewife, jarang benar sekarang saya melepak bersama teman-teman. Berbual-bual kosong dan makan bersama, meluang masa. Tapi Alhamdulillah, mungkin tidak serapat dulu tapi silaturrahim itu masih terjaga.

Esok saya kan membentangkan website yang kami set up, rancangnya kami akan mengadakan sedikit drama. Kononya syarikat itu akan mengadakan 'product launching' dan 'press conference'. Saya akan memulakan mukaddimah dengan memberitahu cara website itu di bina dan saya juga yang akan memulakan lakonan itu dengan bertindak sebagai MC untuk 'product launching'. Sedikit 'excited' sebenanrnya, tak sabar pun ada. Harapnya segala usaha dan masa yang dicurahkan membuahkan hasil yang memuaskan hati.

Exam akan bermula, saya seharusnya memulakan gerak gempur dalam mengulangkaji pelajaran. Tapi sebetulnya, perasaan itu kurang bertamu ditambah pula dengan kesibukkan yang masih berbaki. Ah, kalau mahu mencari alasan, tentu panjangnya tidak berkesudahan. Bimbang bertamu, saya tidak mahu 'result' kali ini jatuh, pastinya ramai yang akan membuat kesimpulan dan meletakkan perkahwinan sebagai faktor utama. Saya tidak mahu begitu, saya mahu menanam ideologi bahawa perkahwinan tidak mendatangkan mudarat malahan ianya satu kebaikkan yang menguntungkan. Baik dari segi agama, sahsiah and jati diri dan pelajaran itu sendiri. Ini misi saya, semoga diberkahi Allah SWT.

Semoga Allh menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya.

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...