Tuesday, October 26, 2010

A Friend That One Must Have

Salam

Hari ini mahu lebih santai dan tenang. Mahu bercerita tentang seorang teman dan sahabat yang sangat comel dan murah dengan senyuman. Serasa saya, belum lagi saya melihat dia memuncungkan bibir ataupun bermasam muka dengan sesiapa. Tersenyum saja kerjanya. Teman yang tiba-tiba saja merelakan diri, membuang masa membalas semua mesej-mesej saya yang entah apa-apa. Tidak berkepentingan pun sebenarnya.

Sejujurnya saya dan dia tidak lah serapat mana sewaktu kami di IIC dulu, tapi dengan izin Allah. Perpisahan mendekatkan kami. Dia bukanlah orang yang selalu saja saya dampingi, tapi dialah orang yang selalu saja saya hubungi kalau ada cerita yang mahu dikongsi. Saya selesa dengan caranya, menjaga hati, halus dan berseni. Saya suka dengan gaya bahasa dan tutur bicaranya yang comel dan mencuit hati. In fact, peribadinya sendiri menggelikan hati. Tak percaya? Nilailah sendiri.


Iriniah Shamshay. Memang sangat suka tangkap gambar. Tapi saya rasa itu langsung tak menjadi masalah. Maklum la, orang cantik, orang pandang pun tak jemu. Hehehe, in fact, saya sendiri salah seorang fan dia, kalau ada saja foto baru, saya tidak melepaskan peluang untuk melihat wajah comel itu untuk melepaskan kerinduan. Saya suka dengan kehadiran dia dalam hidup saya. Sentiasa memberi sokongan dan menjadi pendengar setia tanpa perlu di minta. Bila mana saya mahukan teman untuk berbual, maka dia tidak lokek meluangkan masa untuk bersembang panjang dengan saya. Ada ketika, dia secara spontan menawarkan diri, mahu menyembuh gundah di hati. Sweet kan? se-sweet wajahnya.


Kalau dilihat dalam inbox FB saya, panjang lebar kami bercerita. Ada saja untuk dikongsi. Baru-baru ini dia berkongsi resepi dengan saya. Resepi sedap yang seterusnya menjadi favorite suami. Happy sungguh waktu tu, MMS saya kirimkan. Mahu dia lihat sendiri apa hasil dari resepi yang telah dikongsi.

Persahabatan saya dan Irine ringkas, berkongsi apa yang kami mahu dan menghormati privacy yang tidak mahu diganggu.

Thanks Irine sebab selelau support kita, selalu dengar kita membebel and last but not least selalu buat kita happy dengan gaya comel awak tu. Love you..!! :)



Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

8 comments:

  1. waaaa comelnyeee rab ~_~
    terperasan diri ini spt comel sebentar & terharu bile ade sahabat yg membuat entry sebegini di blog
    uwaaaaaaaaaaaaaaa *hugs*

    *saye yg di gambar byk bertempelan di atas
    Iriniah Shamshay ;D

    ReplyDelete
  2. Salam

    Sebenarnya yg comel itu Cik Irine... :)
    Saya peminat biasa jer..

    Iriniah Shamshay...Rabiatul Nabila suka kwn ngan awk.. ^_-

    ReplyDelete
  3. alolo,comelnyer ayat die nieh,nieh jeles nie,cewah,hehehe~

    ReplyDelete
  4. Salam

    Ala....ayat jer ke comel?
    Orangnya camner...Eyqa ni apa la...
    Amik ht ckit...br pas ni ada post psl Eyqa plak..
    Ngeh3... ;p

    ReplyDelete
  5. salam
    kite pun suke kwn dgn awk rab! hehee
    eyqa bila nak wat post pasal kite hahaha ;p

    ReplyDelete
  6. saya staff nurse yg merawat irin di wad...die dlm keadaan tenat sekarang..datang laa melawat..die memerlukan sokongan dr semua..
    di wad 5UA(neurologi) pusat perubatan universiti malaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ats makluman. Sye pun baru dpt tahu semalam dia di admit semula ke hospital InsyaAllah saya akan datang melwt dia.

      Delete
  7. assalamualaikum cik. nama arwah ni sama dengan kawan lama saya. iriniah. saya dah lama cari dia. dia orang yang sama ke? atau orang lain ? lahir tahun 1987 ke?

    ReplyDelete

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...