Wednesday, September 22, 2010

Secukup Rasa

Salam

Kata orang, ada sesetengah jarak mendekatkan kita. Ada juga jarak yang menjauhkan kita selamanya. Kalau begitulah katanya, maka apa yang mengikat kita semua? Saya mahu menjarakkan diri untuk mendekatkan hati. Tapi ada sedikit rasa curiga yang masih berbaki. Benarkah formula ini sesuai diaplikasi untuk semua situasi? Jujurnya, setiap hipotesis harus dibuktikan dengan eksperimen. Gagal atau berjaya, tentu sahaja dihujung nanti. Besar harapan saya mahu semuanya molek belaka. Janganlah usaha ini nanti, ibarat tikus membaiki labu. Yang terjadi, semakin menjadi-jadi. Benarkah begitu? Biarlah. Janji sudah berusaha. Andai tidak berhasil mungkin Allah mahu saya lebih gigih. Jangan hanya memberi sedikit modal tapi mahukan pulangan berganda. Selalunya begitu, bila berusaha sedikit, mengharapkan keputusan yang diterima tangan memuaskan hati, walhal usahanya seperti melepaskan batok di tangga. Saya menadah tangan lagi, dan akan terus lagi dan lagi. Mahu Allah mencampuri urusan ini. Mendekatkan hati yang semakin jauh menyendiri. Ya Allah, jadikan urusan ini secukup rasa semuanya. Biar hasilnya enak berperisa. InsyaAllah.

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya.

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

2 comments:

  1. Semoga apa yang kita lakukan tu betul dan dirahmati-Nya...
    Ameen...

    ReplyDelete
  2. Salam

    Semoga yang tak tahu menahu, cuba ambil tahu..
    Semoga yang tak merasa, cuba memahami dan semoga yang tak mahu terlibat tak menyumbang sengketa...

    ReplyDelete

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...