Sunday, September 26, 2010

Norma Hidup

Salam

Kadangkala saya terfikir juga. Apakah kesilapan itu saya sendiri yang ilhamkan? Bukankah teguran itu satu kemestian. Kenapa mesti cetuskan kemarahan yang berpanjangan? Menimbulkan sengketa, mengurangkan rasa cinta. Bagai ada dendam dalam hati. Membara bagai gunung berapi, menunggu waktu yang meletuskan api. Maka, meledaklah tanpa mengenal erti. Membakar sesiapa saja, menghanguskan apa jua. Ah, hidup saya penuh rahsia. Dipenuhi dengan pelbagai sengketa rasa dan genjatan jiwa. Saya teruskan hidup, berjalan seperti biasa, tersenyum seadanya dan kadangkala menangis semahunya. Saya sangka segalanya terpendam dalam, jauh tak kelihatan sehingga tidak ketahuan. Tapi tatkala rasa itu timbul, maka sayalah yang kelemasan. Saya mahukan kekuatan membuat perubahan. Mencampak jauh segala dendam dan benci ke dalam lautan yang tak bertepi. Saya mahu esoknya, tatkala celik mata, hati sesuci bayi, putih kemerahan semacam tidak pernah ternoda. InsyaAllah, kalau niat baik Allah permudah. Tinggal saya saja yang perlu istiqamah.

Berubah: Kurang emosi, kurang mendendami.Lebih rasional, lebih rajin dan lebih redha. Cinta bukan hanya sebutan, perlu juga dibuktikan dengan perbuatan. Wallahua'lam.

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya.


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...