Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri

Salam




















Salam kemaafan dihulurkan buat segenap hati yang tersentuh dengan kata-kata yang menikam jiwa atau perbuatan yang mengundang sengsara. Andai ada keterlanjuran yang tak mungkin diundur, mohon di maafkan segala keuzuran yang timbul. Kira ada umpatan yang tidak betul, mohon ampun untuk undangan keresahan dan rasa sakit yang berterusan. Saya manusia biasa yang sering alpa dan melakukan dosa. Tika sampai seru, enak di mata, lega di hati. Tatkala hilang punca, semua tidak kena, marah sentiasa bertakhta. Maaf untuk emosi yang tidak berpendirian dan mood yang tidak tetap bersama. Moganya Syawal kali ini membawa kebahagiaan untuk semua. Mendekatkan yang jauh, merapatkan yang dekat dan menyatukan yang selalu bersama. Semoga ikatan ukhuwah tersimpul kemas, tidak terlerai kerana tohmahan dunia mahupun mehnah kehidupan. InsyaAllah. :)

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya.

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...