Sunday, July 4, 2010

Kembara Mencari Kesembuhan

Salam

Saya terjaga lebih kurang pukul 4 pagi. Perut terasa amat pedih. Tak tahan dengan kesakitan yang di alami, saya mengejutkan suami yang sedang lena di buai mimpi. Tiada apa yang dapat di bantu selain membelai ubun-ubun saya dan menghadiahkan ciuman yang saya kira menenangkan hati saya tatkala menghadapi sakit yang teramat sangat. Keluar dari kamar mandi, wajah saya semakin kelihatan sugul. Darah yang keluar membimbangkan saya. Sakit saya masih lagi belum pulih walhal sudah dua buah klinik saya kunjungi dan hampir 10 jenis ubat telah saya habiskan. Darah yang keluar dari tubuh saya lebih banyak dari hari ke hari.

Semuanya jadi tidak kena. Saya meletakkan minyak panas di perut sebagai ikhtiar untuk mengurangkan sakit. Ternyata tiada kesan. Buntu dengan apa yang harus saya lakukan, saya menjadi marah. Suami saya memberi peringatan dengan nada suara yang lembut dan penuh kasih. "Kalau nak marah, marah pada saya. Jangan marah pada sakit sebab sakit itu Allah yang turunkan. Bila awak marah sebegini, awak semacam tidak redha dengan takdir". Rasa bersalah mula menyelinap, saya cuba mengatur nafas, mengawal perasaan marah.

Teringat sebuah kisah yang saya dengar di dalam rancangan Semanis Kurma. Ketika seorang sahabat RasulAllah SAW datang kepadanya untuk bertanya apakah amalan yang membolehkannya menghuni syurga. Maka baginda RasulAllah menjawab "Janganlah kamu marah" dan mengulangnya sebanyak 3 kali. Saya beristighfar.

Suami membawa saya ke bahagian kecemasan di Hospital Sultanah Nur Zahirah(kebetulan saya sakit ketika 2 hari selepas Majlis Menyambut Menantu di Terengganu). Ini kali ketiga uijan air kencing dilakukan ke atas saya. Kali pertama ketika saya berada di Kelantan menghadiri Muktamar Pas dan kali kedua sebaik sahaja saya pulang ke KL. Doktor di sana agak panic apabila melihat keadaan buah pinggang kiri saya yang membengkak, mereka mengesyorkan saya pulang ke KL untuk menjalani rawatan.

Saya ke Hospital Selayang, selepas 5 jam menunggu barulah keputusan ujian darah saya diperolehi. Semuanya Normal, Alhamdulillah. Rasa lega itu tidak lama, keesokkan harinya sakit saya semakin parah. Saya ke Klinik Dr Khalil untuk mengetahui keadaan yang sebenar. Sekali lagi saya di scan dan kali ini rahim saya mengalami pendarahan. Saya meminta doktor memeriksa buah pinggang saya, mahu mengetahui sejauh mana dakwaan hospital di Terengganu. Kata doktor saya tidak perlu bimbang dengan keadaan buah pinggang, apa yang peting sekarang ini adalah rahim saya. Keadaan agak cemas bila doktor membuat andaian yang kurang enak dengan mengatakan kes saya ada dua kemungkinan. Samada saya keguguran dan tidak keluar habis atau saya mengandung di luar rahim. Saya menggeleng kepala, tidak mahu keduanya. Surat refer kedua saya terima, tapi kali ini merujuk saya ke PPUM di PJ.

Kami ke sana petang itu juga. Mama menelefon saya, berpesan beberapa perkara termasuk la meminta saya menolak seandainya doktor menyarankan saya agar membuang rahim. Saya mengiyakan semuanya, saya tahu kerisauan mama. Hari kedua di rawat di PPUM, pelbagai ujian telah di lakukan ke atas saya termasuk la Pap Smear. Allah saja yang tahu betapa saya menahan sakit dan malu ketika itu. Semoga mereka menjaga aib saya dan Allah membalasnya dengan menjaga aib mereka di akhirat kelak.

Mama meletakkan minyak gosok ke tangan saya yang bengkak kerana dicucuk berkali-kali. Mana tidaknya, termasuk yang di PPUM, sudah 4 kali saya menjalani ujian darah dan 7 kali ujian air kencing. Saya memanjatkan doa, sudah pelbagai cara saya ikhtiar, semoga Allah memberikan kesembuhan dan kesihatan tubuh badan untuk saya.

Alhamdulillah, kedua-dua andaian itu tidak sahih. Cumanya, daripada ujian yang dijalankan saya didapati mempunyai bengkak di Tiub Falopio kiri saya. Keadaan pundi kencing dan buah pinggang masih lagi di dalam siasatan. Berehat seketika daripa segala bentuk ujian yang doktor jalankan, saya kini masih lagi mengambil ubat-ubatan yang dibekalkan oleh hospital sementara menanti appointment dengan pakar di Urologi pada 9/7, Surgical Clinic pada 16/7 dan 15/8 dan juga appointment di Radiologi pada 9/8. Doktor masih lagi mahu menjalankan ujian ke atas saya, punca kepada sakit yang menimpa masih lagi belum diketahui. Ada rasa gerun yang bertandang, apa pula ujian yang perlu saya hadapi kali ini, apa pula sakit yang terpaksa saya tanggung nanti.

Biar apa pun yang bakal di hadapi, saya berdoa agar saya dapat bersabar dengan segala rasa sakit ini dan agar Allah mengurniakan saya kesembuhan. Doakan saya para sahabat. Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamanya. Yang sentiasa mencari keredhaannya. Ameen.



Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

5 comments:

  1. Salam Nabila..
    Semoga segalanya selamat buat sahabat saya ini.
    Ameen..

    ReplyDelete
  2. kak nabila..
    smoga Allah menjaga & melindungi.
    jgn putus pd doa & harap.
    teruskn mnjalani rawatan2 susulan.
    insyaAllah.. keadaan akn jd lebih baik slps ni.
    insyaAllah, akn ada ksembuhan yg d lua jangkaan.
    kami sntiasa mndoakn..

    ReplyDelete
  3. To Shira

    W'slm
    Doakan Nabila selalu...
    Alhamdulillah...walaupun sakit masih bersisa...
    Kesihatan ini bertambah baik

    To Wawa

    InsyaAllah Wawa..
    Keyakinan itu saya gantungkan sepenuhnya kepada Allah SWT
    Pelbagai ikhtiar telah pun kita usahakan..
    Semoga segalanya mendapat keberkatan drpd Allah SWT..
    Doakan akak selalu..

    ReplyDelete
  4. To amouris

    Thanks ats info yg sgt berguna.. :)

    ReplyDelete
  5. kmu jge diri baik2..jge pemakanan....
    jgn mkn bnyk fast food....
    ana doakan semoga semuanyer selamat...
    insyallah... =)

    ReplyDelete

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...