Sunday, July 11, 2010

Cinta Saudara Kekal Selamanya

Salam

Sem baru akan bermula esok. Ada rasa teruja yang membuatkan saya tidak lena malam ini, ditambah lagi dengan pemergian suami ke Negeri Sembilan atas urusan kerja. Menambah kesukaran saya untuk melelapkan mata. Tak tahu apa yang perlu saya lakukan, saya membuka lembaran maya, tempat saya meluah rasa. Sudah lama sebenarnya mahu menulis post tentang seseorang. Sudah beberapa ayat yang terkarang dalam minda, namun tetap juga niat itu dihimpit masa. Tidak berkesempatan, dan malam ini saya merebut peluang yang ada.

Mahu menulis tentang seseorang yang telah banyak berkorban untuk saya dan keluarga. Adik tercinta yang sedang melanjutkan pelajaran di UKM dalam bidang Sains Matematik. Idea ini tercetus tatkala saya melihat senyuman yang terukir di bibirnya beberapa hari yang lalu. Lama sudah senyuman ini tidak kelihatan, di benam dengan pelbagai kecelaruaan perasaan akibat dari tekanan. Bila saya melihatnya, hati saya sebak. Maafkan kami yang telah mengabaikan pengorbanan mu lantas meragut senyuman dari bibir manis itu.

Tidak saya nafikan mulutnya yang bayak berceloteh itu kadang-kadang memeningkan kepala saya. Ada saja yang tidak kena di matanya. Namun tidak pula saya menafikan keperluan untuk dia mengkritik. Apa yang dia katakan betul dan kena pada tempatnya. Saya hanya diam bila kadang-kadang saya juga di leteri.

Besar penglibatannya dalam kehidupan saya. Tanggungjawab yang di pikul sebagai seorang anak, terasa lebih berat berbanding saya. Dia lebih banyak menguruskan rumah tangga. Bagai tidak cukup masa dia melakukan kerja, di ruang tamu dan di dapur. Dialah nadi penggerak di rumah ini, walau ada ketika nya dia mengeluh dan melancarkan mogok tidak mahu bercakap dengan sesiapa. Tanda protes pada adik-adik yang enggan beri kerjasama. Silap hari bulan, saya juga terkena tempiasnya.

Bila melihat dia tersenyum beberapa hari yang lalu, ada rasa sebak singgah di dada saya. Gembira melihat dia gembira. Saya mengambil kesempatan ini, berterima kasih pada dia di atas segala penglibatan dan pengorbanan yang dia lakukan untuk keluarga saya. Mungkin saya kelihatan sungguh bersahaja berhadapan dengan tingkah nya. Tapi saya mahu dia tahu, setiap usahanya itu, saya hargai. InsyaAllah, segalanya beroleh balasan yang baik dari Allah. Lebih-lebih lagi apabila dia sering sahaja membahagiakan hati mama.

Terima kasih Nurul Dalila bt Che Johar.

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamanya. Yang sentiasa mencari keredhaannya. Ameen.

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

2 comments:

  1. bukan di harap pujian...cukup la sekadar appreciation...
    the 'thank u' is appreciation....
    'u're so kind' is not...
    smga sume usaha itu m'jd suatu yg ikhlas & diterima Allah...

    ReplyDelete
  2. To Heart

    Then.... Thank You dear... :)

    ReplyDelete

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...