Friday, July 9, 2010

Jelaskan yang Kabur

Salam

Ada masa bila saya bertemu dengan beberapa insan yang berlabel manusia biasa, saya sering mendengar keluhan mereka tentang kebahgiaan sedangkan saya merasakan mereka cukup semuanya. Mungkin tidak sempurna tapi cukup serdahana. Apa kebahagiaan yang kita mahu? Tiada jaminan tentang kebahagiaan. Ada pangkat yang tinggi, masih gilakan kuasa. Tidak juga bahagia. Harta yang bertimbun? Ada juga yang tidak sempurna, rumah tidak cukup besar, kereta belum cukup mewah. Berkahwin dengan orang yang kita cintai? Juga tidak menjamin kebahagiaan. Ada sahaja benda yang mahu dibalahkan. Jadi kebahagiaan yang bagaimana yang kita cari? Tidak ada jawapan di genggaman saya. Biarlah, saya tidak berniat mahu memberi jawapan pada sesiapa. Saya mahu menginggalkannya dengan persoalan. Tentang kehidupan dan pengorbanan. Tidak ada kebahagiaan mutlak di dunia ini. Dalam memilih bahagia, akan ada juga derita yang menyusul. Itu lumrah. Asam garam kehidupan. Jadi kebahagiaan yang bagaimana yang kita mahu? Derita yang bagaimana yang sanggup kita hadapi?

Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu , sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

Surah Al Baqarah, Ayat 153

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

Surah Al Baqarah, Ayat 155

Tidak kurang yang mendakwa mereka sudah jelas dengan apa yang mereka mahu dalam kehidupan ini. Saya tabik spring. Baguslah, ada matlamat dan hala tuju selaras Islam. Itulah yang terbaik. Tapi timbul pula tanda tanya. Kalau dah tahu apa yang di mahu dalam kehidupan ini, kenapa mesti bersedih hati melihat kebahagiaan orang lain. Saya geleng kepala. Hati. Jaga kesuciannya, jangan dikotori dengan hasad dengki dan iri hati.

Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan kepadanya pahala akhirat itu. Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.

Surah Al Imran, Ayat 145

Berfikir panjang, tidak ada salahnya. Tidak payah mengaku tidak menentu. Post ini adalah peringatan untuk kita, untuk saya dan keluarga terutamanya. Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamanya. Yang sentiasa mencari keredhaannya. Ameen.

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...