Saturday, June 19, 2010

Racun Liberal

Salam

Walaupun semester kali ini saya hanya mengambil 2 subjek namun ianya tetap mencabar. Bukan kerana subjek yang sukar difahami atau timbunan assignment yang menggunung tinggi tapi kerana pemikiran Dr yang berlainan sisi. Saya tidak mencanggah kesemuanya namun jujur saya katakan, pencanggahan pendapat pada perkara yang basic memang merunsingkan dan tidak boleh ditoleransi.

Hati saya tidak tenang malahan sentiasa meronta-ronta mahu menjawab secara terus arguement yang Dr persembahkan namun kerena kecetekan ilmu berbanding Dr saya terpaksa meminta penangguhan perdebatan. Mahu mencari hujah dan fakta yang kuat bagi meyakinkan para pelajar yang lain. Sungguh saya katakan dengan ‘title’ sebagai seorang Dr dan bekas Imam di Singapura, tentu sahaja pengaruh yang diberikan sangat besar berbanding saya yang baru sahaja mahu memiliki Degree.

Isu pertama mengenai aurat. Dr memulakan ideologi nya dengan satu fakta yang saya sedia maklum. Tentang hak seorang bakal suami untuk mengetahui kecacatan yang terselindung pada bakal isterinya. Seandainya bakal isterinya seorang yang botak ataupun mempunyai telinga yang besar sebelah sebagai contoh, maka dia mempunyai hak untuk mengetahui tentang perkara ini. Jika tidak diberitahu sebelum pernikahan berlangsung maka si suami boleh menceraikan isterinya. Hal ini dikecualikan bagi individu yang dirogol. Dia tidak diwajibkan untuk menceritakan musibah yang menimpanya.

Saya mengangguk, saya pernah membacanya di dalam sebuah artikel mengenai soal jawab Islam. Namun percanggahan pendapat berlaku bila Dr mengakhirinya dengan “This is the reason why I don’t really agree with covering your head.” Saya tercengang, biar betul ini yang dikeluarkan dari mulut seorang bekas Imam pertama di Singapura.

Isu kedua yang berbangkit ialah mengenai judi. Dr memulakannya dengan bertanya tanpa mengharapkan jawapan, “Why gambling is Haram?”. Tanpa menunggu jawapan daripada sesiapa Dr menjawab soalannya sendiri dengan berkata kerana ianya menyebabkan orang lupa pada keluarga. Saya diam, boleh diterima. Rasa tidak puas hati muncul bila Dr menambah, seandainya perjudian itu tidak membuatkan seseorang leka maka ianya dibolehkan. “What is wrong if somebody came to you and asked if you want to buy toto for RM1? If you get lucky then you’ll win. As long as you are neglected your family then it is acceptable.”

Saya terpinga-pinga, kebimbangan bertambah bila melihat riak muka para teman yang sangat tenang. Saya memikirkan penerimaan mereka, menerima ataupun membantah di dalam hati. Saya rasa gelisah, mahu menjawab tapi saya memerlukan masa untuk mencari bukti agar hujah saya nanti tidak lagi boleh disangkal. Hukum asas sebegini, biar zaman berubah hukumnya tetap sama. Tidak berputar bersama masa, tidak tua bersama dunia.

Isu ketiga muncul bila kami membincangkan tentang etika kerja. Tajuk ini terbawa-bawa sehingga ke topik Riba. Dr berkata dengan penuh yakin bahawa bank hari ini menghalalkan apa yang haram. Riba masih di aplikasi tapi istilah yang digunakan berbeza iaitu services charges. Ada betulnya disitu. Dr kemudiannya mengemukakan satu Hadith Nabi tentang creditor yang doubled and redoubled. Islam mengharamkan tindakan sebegini, kita tidak boleh meminta debtor membayar hutang dengan amount yang berganda atau triple. Namun Dr mengusutkan keadaan dengan berkata seandainya penambahan itu tidak mencecah seganda atau dua kali ganda maka ianya dibolehkan.

Saya dapat lihat kekusutan dan kekeliruan yang berlaku di kalangan para pelajar. Inilah topik yang paling banyak dibahaskan sawaktu saya mengambil subjek Fiqh For Economist 1. Ramai yang masih tidak betul-betul memahami tentang Riba. Kenyataan Dr memarahkan lagi keadaan. Saya geleng kepala kesal.

Tekad saya kuat mahu memperbetulkan semula kenyataan yang telah Dr buat. Saya akan mencari bukti dan hujah yang kukuh dalam mematahkan semua hujah beliau. Inilah dia akibat mempelajari ilmu agama di sebuah negara Barat-UK. Saya rasa hairan, kenapa kita mahu mempelajari sesuatu ilmu disebuah negara yang kita tahu tidak fasih tentang itu. Tidak logik langsung, sepatutnya ianya tidak dipertimbangkan pun. Belajar Doktor di Bangladesh, Engineering di Timoleste atau Al-Quran dan Sunnah di United Kingdom, tak perlu pertimbangan.

Hati saya sakit, kepala saya kusut setiap kali menghadiri kelas yang satu ini. Ada saja idea liberal yang mahu diracunkan dalam minda para pelajar. Dan setiap kali itu juga saya perlu meminta 1 hari bagi mencari bukti dan hujah bagi menyangkal kenyataan Dr yang telah pun dicemari dengan kekotoran para ilmuan barat. Kadang-kadang rasa marah timbul dan saya jadi emosi bila berhujah kerana Dr mula berdegil dengan pemikirannya yang ternyata salah. Dia mendatangkan ayat Al-Quran dan hujah yang baru. Saya pula sekadar menyangkal kosong tanpa ayat Al-Quran mahupun Hadith, maklum lah, saya bukanlah seorang pelajar agama. Ilmu saya cetek.

Saya berkira-kira untuk melaporkan perkara ini ke pihak atasan. Saya melihat ideologi Dr sebagai satu perkara yang membimbangkan. Boleh menjadi punca kepada keruntuhan masyarakat. Idea Dr diturunkan kepada seorang pelajar UIA, pelajar UIA itu menyampaikan kepada yang lain. UIA. Impaknya lebih kuat berbanding universiti yang lain bila berbicara tentang agama. Seharusnya saya melaporkannya tapi timbul pula kebimbangan yang lain. Adakah rakan yang lain akan turut serta dalam perjuangan ini, pihak Universiti tentu sahaja akan bertanya pada rakan sekelas yang lain untuk memastikan kesahihan perkara ini. Saya tidak pasti, tapi InsyaAllah, saya tetap akan cuba.

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamanya. Yang sentiasa mencari keredhaannya. Ameen.

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...