Wednesday, April 21, 2010

Mawar Berduri

Salam

Bila menyebut tentang Mawar Berduri ramai yang mengibaratkan sifatnya dengan wanita muslimah. Sifatnya yang cantik dan baunya yang harum diibaratkan seperti seorang wanita. Namun durinya yang tajam, yang mampu melukakan jari sesiapa sahaja yang tidak memetiknya dengan hati-hati diibaratkan seperti wanita muslimah yang menjaga kehormatan dan maruah diri mereka. Biarpun cantik namun tidak mudah diperlekehkan, sesiapa yang mahu memilikinya harus memetiknya dengan cara yang betul, lemah lembut dan berhemat.

Abah menghuraikannya dengan gaya yang berbeza. Sewaktu kami berdiskusi, saya lebih banyak diam dan bersetuju dengan buah fikiran yang Abah lontarkan. Kata Abah, Islam ini ibarat Mawar. Indah dan harum. Apa sahaja yang berkaitan dengan Islam bersikap teliti dan halus. Seperti kelopak Mawar yang lembut, begitu juga Islam menyentuh kehidupan kita. Tidak terlampau ekstrem sehingga mendatangkan mudarat atau tidak boleh di aplikasi tetapi tidak juga terlampau tegas sehingga menyekat keinginan atau melampaui batasan rasional manusia. Islam itu halus dan lembut, seperti kelopak Bunga Mawar.

Dalam menghuraikan duri, Abah mengibaratkannya kepada kita, penganut Agama Islam. Mudah menjatuhkan hukum dalam sesuatu perkara. Menjadikan Islam yang indah seperti Mawar itu sukar didekati kerana durinya yang tajam melukakan jari sesiapa yang mahukannya. Kita dengan mudah, menghakimi dan mengadili setiap tindak tanduk seseorang. Inilah yang menghalang kembangnya Islam.

Abah memberi contoh yang dekat dengan hati masyarakat Melayu. Pulut Kuning. Ada sesetengah individu dengan mudah menjatuhkan hukum dengan mengatakan Pulut Kuning yang disediakan di majlis-majlis kemasyarakatan itu haram kerana ianya berbentuk pemujaan atau kepercayaan kepada semangat yang dibawa Pulut Kuning. Di zaman Melayu lama, tidak dinafikan Pulut Kuning digunakan untuk pemujaan Jin namun kini Pulut Kuning digunakan dalam majlis-majlis seperti Kenduri Kesyukuran dan sebagainya. Jadi tidak wajarlah mengatakan Pulut Kuning yang disediakan itu haram walhal objektif penyediannya telah pun berubah. Jangan dijatuhkan hukum pada Pulut Kuning, kerana yang dinilai itu niat kita. (Kalau Pulut itu berwarna hijau, pelik pula jadinya.)

Setiap perkara itu bermula dengan niat dan dinilai kerana niatnya

Kadang-kadang ada juga diantara kita salah perkiraan dalam mendidik. Disangkanya bersikap tegas itu kunci kepada segala-galanya namun kita lupa, tidak semua manusia itu sama. Kita dicipta berbeza-beza, pemahaman kita tidak serupa, penerimaan kita juga jauh caranya. Ada yang mungkin menerima dengan satu teguran berhemat namun ada juga yang tersedar dengan teguran tegas dan keras. Ada di antara kita memerlukan masa untuk melakukan perubahan dan ada diantara kita cukup kuat hatinya untuk berubah dalam sedetik masa.

Oleh kerana lupa, makanya kita memaksa mereka yang cuba kita bawa menuju Islam agar memakai tudung labuh dalam masa 24 jam, menghadiri usrah tanpa sehari pun keciciran, mempedengarkan Al-Quran satu Juzu’ sehari dan ada juga yang menghakimi setiap tindak tanduk si Polan sehingga dia merasa terhina. Tiada satu pun daripada perbuatannya diterima Allah, padahal hal ini bukan di tangan kita untuk menentukan. Boleh jadi solatnya lebih mulia disisi Allah kerana hatinya yang bersih berbanding kita yang selalu menyakiti hati sesama manusia. Jadi salah siapa bila ada yang merasakan Islam itu sempit?

Mama menyambut perbincangan Abah dengan ‘cerita’ yang terjadi di tempat Mama mengaji. Memang rutin para Muslimat disitu mengumpul segala jenis bentuk derma untuk diberikan kepada para Muallaf. Kadang-kadang mereka beramai-ramai akan ke kawasan pendalaman di Sabah setahun sekali untuk melihat saudara Islam yang baru. Bila tiba di sana, terkejutnya bukan kepalang bila melihat masih ada lagi binatang ternakan seperti babi berkeliaran. Bila di tanya, mereka tanpa berasa bersalah menjawab bahawa kesemua babi yang mereka ternak telah pun di samak. Ustaz geleng kepala dan berpesan agar pada lawatan seterusnya kesemua babi ini tidak lagi kelihatan. Alhamdulillah, lawatan kedua, tidak seekor babi pun kelihatan. Ustaz bertanya kemana mereka campakkan semua babi mereka dan dengan rasa senang hati mereka menjawab kesemuanya telah mereka habiskan dalam jamuan besar-besaran yang mereka adakan di kampung. Sekali lagi persoalan di lontarkan, salah siapa bila salah faham begini berlaku?

Betul kata Abah dan Mama, ramai yang mahu mendakwa diri mereka pendakwah tapi semangat dan kesungguhan mereka tidaklah setegar Paderi Kristian yang tinggal bersama orang-orang asli di dalam hutan dan mendidik mereka tentang Kristian. Malam itu saya berfikir panjang, siapa di antara kita yang berani mengangkat muka bila di soal tentang perihal sebegini di sana nanti?

Nauzubillah, saya tidak mahu menjadi duri. Biarlah kita bersama-sama menjadi orang yang boleh dijadikan rujukan bukan kerana hanya ilmu di dada tapi juga kerana sikap understanding dan approachable yang membuatkan orang ramai rasa mahu dan senang hati dengan Islam. Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamanya. Yang sentiasa mencari keredhaannya. Ameen.

p/s: Post ini tidak berniat untuk menuding jari pada sesiapa, hanya perkongsian tentang apa yang kami bualkan.

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

3 comments:

  1. salam...

    tq sbb puji kucing2 sy. rasanya semua kucing comel kan.
    anw, apa maksud widadjannati eh?

    ReplyDelete
  2. Salam...
    (= indahnya menjadi mawar..
    berduri dn brmanfaat..
    =)
    ISLAM itu akn jd indah jka duri pdnya mmpu membawa seorg muslim/ah mnjadi insan trhebat..
    hnya krna harumannya..
    kn?

    ReplyDelete
  3. To Etty

    Owh...~ Sememangnya comel...
    Saya sangat suka kucing...actually semua binatang pun saya suka...
    Lagi2 yang berbulu gebu.. Hehehe ;p

    Widad tue maksudnya sayang atau cinta..
    Jannati pula maksudnya syurgaku...

    To زهرة حلوة

    Salam..

    InsyaAllah...
    Biar semua dapat menikmati keindahanyya..
    Bukan hanya memerhati dari kejauhan kerana takut dilukai kerana durinya...

    ReplyDelete

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...