Wednesday, April 21, 2010

Bukan Hanya Hitam atau Putih

Salam

Cuti kali ini terasa cepat benar berlalu, bukan itu saja, malahan masa sehari yang saya ada kadang-kadang tidak mencukupi untuk menyelesaikan aktiviti yang telah saya atur. Inilah akibatnya membuat sesuatu kerja di saat-saat akhir. Terkilan sedikit dengan perbelanjaan yang occur, oleh kerana lambat bertindak makanya saya tidak sempat survey dan browse keperluan yang perlu dibeli. Ada deal yang tidak bijak telah dilakukan, sepatutnya saya boleh lebih berjimat lebih-lebih lagi dalam keadaan keewangan yang sangat membimbangkan ketika ini. Sedih atau marah? Kedua-duanya mungkin.

Ya, saya mengupdate blog regularly waktu cuti ini tapi gagal meng‘publish’ post kerana tiada sumber internet di rumah. Semalam Abah menjustifikasi tindakan saya pada hari terakhir saya menduduki peperiksaan. Apa yang saya buat? Saya telah melaporkan tindakan beberapa pelajar Bangladesh yang meniru di dalam peperiksaan dan beberapa invigilator hanya buat tak endah dengan tindakan mereka. Saya membentangkan hujah saya, saya merasakan tindakan itu salah dan saya tidak mahu berdiam diri melihat perkara itu berlaku di depan saya. Saya tidak tenang dan saya bertindak. End does not justify the means.

Abah senyum melihat semangat saya menegakkan apa yang saya percaya. Well, perjuangan bukan hanya politik. Hehehe.. ‘Kehidupan ini bukan hanya hitam atau putih.’ Itu mukaddimah yang Abah lontarkan. Abah kemudiannya menyambung, ‘Tidak semua benda boleh dilihat pada permukaannya, ada yang perlu diteliti dari dasar. Kadang-kadang judgement kita akan berubah bila kita mengetahui punca, sebab dan musabab kepada berlakunya kepada perkara-perkara seperti ini.’

Saya masih diam, menantikan penjelasan Abah yang seterusnya. Dalam hati masih ada marah yang berbaki pada sikap pelajar Bangladesh yang tidak adil pada semua pelajar. Saya rasa kurang senang melihat pelajar Melayu bertungkus lumus menelaah dan memerah otak sedangkan mereka mengambil jalan mudah dengan meniru. Sudah la itu, invigilator hanya buat tidak endah dengan tindakan mereka.

‘Bila kita berada di satu peringkat di mana penindasan berlaku ke atas kita maka kita akan bersatu. Sama seperti mereka. Ini sebenarnya yang terjadi pada dua pelajar Bangladesh yang meniru dalam peperiksaan itu. Pada mereka, biar apa pun jalan yang mereka ambil, yang penting mereka memperolehi keputusan yang baik agar mudah mereka berbakti bila mereka pulang ke tanah air. Di sana kehidupan mereka tidak seperti kita di Malaysia, di sana penindasan berlaku dan mereka perlu menuntut bela. Caranya adalah dengan mempunyai ilmu.’ Saya diam mendengar hujah Abah, ada rasa ingin membantah. Saya bersuara ‘Betul, kita kena bela nasib kita tapi ada caranya. Bukan dengan cara penipuan. Matlamat tidak menghalalkan cara.’

Abah senyum, saya memang begini. Suka berkeras selagi saya tidak merasakan kebenaran pada pendapat orang lain atau rasa silap pada hujah dan pemikiran saya sendiri. ‘Betul, end does not justify the means tapi sekurang-kurangnya tidak lah awak rasa benci atau tidak suka pada pelajar Bangladesh tu.’

Betul, bila mendengar pendapat Abah, saya tidak merasa marah pada mereka walaupun saya merasakan tindakan mereka tidak tepat. Teringat pada kisah di zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin, ketika itu ada seorang hamba yang ditangkap mencuri tapi tangannya tidak terus di potong. Sebaliknya dia ditanya asbab kepada perbuatannya. Rupa-rupanya dia mencuri kerana kelaparan sebab tidak diberi makan oleh tuannya.
Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamanya. Yang sentiasa mencari keredhaannya. Ameen.


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...