Saturday, April 3, 2010

Berserdahana itu lebih Selamat

Salam

Alhamdulillah, setelah dua minggu bertungkus lumus mengadap buku, berkorban waktu tidur dan terkorban waktu makan, hari ini paper terakhir telah selamat saya duduki. Alhamdulillah dipermudahkan. Harapnya membawa kepada kejayaan, saya mahu memperbaiki dan meingkatkan CGPA saya.

Berkongsi cerita dengan teman sebilik tentang rakannya yang berada dalam kegelisahan tatkala cintanya tidak direstui ibubapa. Saya diam seketika, siapa lah saya nak memberikan hujah dalam topik-topik sebegini. Sepanjang dia bercerita, saya hanya comment ringkas. "Tak apa la, janji doa itu jangan putus. Hati manusia ini boleh berubah"

Apa pun pada saya, berserdahana adalah jawapannya. Jangan terlalu mempertahankan cinta sehingga menentang keluarga tapi jangan mula mengalah sebelum ke medan juang. Mungkin akan ada yang tidak setuju tapi saya rasa kita diuji dari setiap sudut. Jodoh tidak terlepas dari ujian, kalau tidak sebelum kahwin mungkin selepas kahwin.

Ibubapa adalah insan yang telah banyak berkorban untuk kita. Masa dan usaha yang dicurahkan untuk membesarkan kita sehingga kita berada di mana kita berpijak sekarang, tak mungkin dapat di balas. Hanya Allah sahaja yang mampu memberikan balasan yang setimpal. Apa-apa pun kita sebagai anak perlulah menghargainya sebaik mungkin. Saya tidak menyarankan untuk membelakangkan apatah lagi melawan ibubapa dalam hal mencari jodoh kerana saya pasti setiap keputusan yang parents kita buat adalah untuk kebaikkan kita juga sebenarnya. Jika ada penentangan dalam pilihan kita, maka berlembutlah dengan mereka. Yakin kan mereka.

Saya tetap mahu bersama dia, saya yakin yang dia tidak akan sia-siakan saya...!!

Berserdahanalah.

Jangan pula terlampau bertegas sehingga menyakitkan hati parents. Kerana kita tidak tahu apa yang akan jadi di masa hadapan. Sekarang semuanya indah, yang susah nampak seperti boleh diredah, yang senang nampak lebih bahagia jika bersama dijengah.

Tapi saya tidak kata lepaskan segalanya tanpa memperjuangkan apa-apa. Tapi tidak juga kata perjuangkannya hingga mencederakan insan yang menyayangi kita.

Solusi? Berdoa, itu yang terbaik Letakkan pergantungan itu sepenuhnya pada Allah SWT. Kerana Rasulallah SAW pernah bersabda 'Hati berada di antara dua jari Ar-Rahman'. Kalau Allah mahu, tak perlu lama, esok saja parents kita boleh menerima pilihan kita. Kalau Allah mahu, esok saja pilihan kita boleh menyintai insan lain dan meninggalkan kita. Tak perlu tunggu lama untuk membalikkan hati manusia, maka letaklah penggantungan itu pada Allah.

Berdoalah.

Doa itu senjata orang mukmin. Doa mampu mengubah takdir. Andai itu yang terbaik, maka InsyaAllah ada jodoh. Jika tidak, InsyaAllah Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik. Allah saja yang maha mengetahui. Terimalah Qada' dan Qadar.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Al Baqarah, Ayat 126

Kita tidak tahu apa yang bakal terjadi, seeloknya berserdahana sahaja. Tidak mahu ada penyesalan di kemudian hari. Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamanya. Yang sentiasa mencari keredhaannya. Ameen.

p/s : Tidak semudah yang dikata, istiqamah perlu ada. Saya juga sedang berusaha.

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...