Sunday, March 28, 2010

So Close

Salam

Baru sahaja selesai menjawab peperiksaan petang tadi, nak kata berpuas hati, saya boleh bersetuju tapi kalau nak dikata sehingga mencapai tahap ‘excellency’ itu tidak la. Seorang teman menyapa saya, katanya wajah saya nampak gembira selepas menjawab peperiksaan tadi, ‘mesti boleh dapat A’ katanya. Saya senyum, biasa sahaja, tidak la begitu yakin tapi tidak juga terlampau inferior.

Dua hari yang akan datang saya akan menduduki dua paper sekaligus. Agak tertekan sebenarnya tapi sempat lagi saya menulis dan meng’update’ blog. Kira-kira setengah jam yang lalu saya baru sahaja habis merancang apa yang akan saya revised, mengemas kini nota kecil yang telah lama saya sediakan dan merancang waktu yang saya peruntukkan untuk setiap subjek. Saya memang perlukan ini agar saya tidak berat dalam mengulang kaji. Saya memang jenis yang leka kalau tidak merancang. Takut nanti saya hanya menelaah secukupnya untuk satu subjek sahaja, yang lagi satu keciciran. Saya mahu revision itu balance.

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok ; dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Surah Al-Hasyr, Ayat 18

Saya menyediakan rancangan untuk malam ini dan esok sambil telinga ini dialunkan dengan lagu English klasik. Saya tak pasti siapa yang menyanyikannya tapi saya sangat suka akan lagu ini. Sungguh lembut dan membelai jiwa. Tidak lah seperti lagu sekarang yang muziknya menyerabutkan kepala dan kata-kata yang tidak patut dilagukan dan menjadi ikutan anak muda kita. Kadang-kadang ada juga yang menyanyikan lagu itu tanpa mengetahui maksudnya. Tanpa sedar telah menyanyikan sesuatu yang sia-sia dan bukan-bukan sahaja. End of story, lagu ini dipetik daripada cerita Enchanted, ketika Robert dan Giselle menari di majlis tari menari.

You're in my arms
And all the world is calm
The music playing on for only two
So close together
And when I'm with you
So close to feel alive
A life goes by
Romantic dreams must die
So I bid mind goodbye
And never knew
So close with waiting, waiting here with you
And now forever I know
All that I wanted is to hold you so close
so close
To reaching that famous happy end
Almost believing this one not pretend
Now you besides me.
Look how far we come
So far we are, So close
How could I face the faceless day
If I should live you now
We so close to reaching the famous happy end
Almost believing this one not pretend
Let's go on dreaming for we know we are
So close, so close and still so far

Cukup untuk hari ini, saya ada perkara yang lebih penting untuk dikerjakan. Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamanya. Yang sentiasa mencari keredhaannya. Ameen.



Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...