Showing posts with label Madu Lebah Yaman. Show all posts
Showing posts with label Madu Lebah Yaman. Show all posts

Friday, November 11, 2011

Sedapnya Madu

* Ini adalah Sticky Post, sila scroll ke bawah untuk Post Terbaru. TQ!

Salam

Harap tak ada yang silap baca tajuk entry kali ini, sedapnya madu bukannya sedapnya bermadu ya. Saya mahu bercakap tentang kelazatan dan khasiat madu dan bukannya pahit dan manis hidup bermadu. Kalau mahu membaca entry mengenai poligami, mungkin di lain hari atau mungkin saja saya tidak akan menulis tentangnya. Wallahua'lam. Jangan salah faham pula, saya tidak menentang poligami cuma saya tidak merasakan saya seorang yang tabah untuk menghadapi dugaan hidup bermadu.

Berbalik kepada tajuk asal, saya sebenarnya mahu berkongsi sesuatu tentang madu. Baru-baru ini suami saya mengalami masalah batuk yang serius. Batuk yang menganggu tidur malam dan menyebabkan kepuasan kominkasi semakin menurun. Yela, sedang elok saya teruja bercerita, sampai terlompat-lompat, suami pula batuk tidak henti-henti. Akibatnya cerita-cerita saya hanya disambut dengan batuk-batuk yang menyakitkan. Kami berkunjung ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan suami saya disyaki menghidapi asthma.

Selepas itu, suami saya teringat amalannya ketika berada di Yaman. Memakan madu bersama minyak Habbatus Sauda'. Minyak Habbatus Sauda itu digaulkan bersama madu dan diminum (dengan tidak meminum air selepas itu). Alhamdulillah, batuknya semakin berkurangan dan bertambah baik.

Ya, tentulah madu asli sahaja yang mampu memberikan keberkesanan yang sedemikian rupa. Jika madu yang sudah ditambah dengan air ataupun madu yang dihasilkan oleh lebah belaan (iaitu lebah yang diberi makan gula), tentu kesannya berbeza. Ini kerana komposisi madu sudah dicampur dengan bahan lain menjadikan khasiatnya berkurangan dan berubah. Alhamdulillah, berkat hubungan silaturrahim yang dibina ketika berada di negara Yaman dahulu, suami saya berjaya mendapatkan pengedar Madu Yaman Sidr yang asli.

Berpunca kerana batuk yang berpanjangan, maka terciptalah satu blog khusus untuk menjual Madu Yaman Sidr yang asli. InsyaAllah, keasliannya dijamin dan diakui oleh Kementerian Pertanian Yaman dan makmal swasta dinegara tersebut. Semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya.

www.yummyhoneyshop.blogspot.com

p/s: Oh ya, sesiapa yang merasa ragu-ragu untuk berbelanja untuk madu ini, jangan risau. Jaminan pulangan wang akan diberikan sekiranya madu yang kami bekalkan dapat disanggah keasliannya. :)

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya.

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Wednesday, November 9, 2011

Ajaibnya Lebah

Salam

Semenjak mula berkecimpung dengan perniagaan online menjual Madu Yaman Sidr, saya dan suami banyak melakukan kajian mengenai bagaimana madu terhasil dan cara menentukan kualiti madu yang terbaik. Dalam proses mencari ilmu itu, banyak fakta menarik yang kami tahu dan kebanyakkannya memang menimbulkan rasa kagum di hati. Subahanallah, betapa hebatnya ciptaan Allah. Bagaimana madu yang begitu banyak khasiatnya dihasilkan oleh binatang yang kecil bernama lebah.

Pada mulanya saya memang 'zero' pengetahuan mengenai penghasilan madu. Sangkaan saya, madu adalah sari bunga atau nektar semata-mata, diambil oleh lebah dan kemudiannya dikumpul dan disimpan di dalam sarang. Rupa-rupanya tidak semudah itu madu terhasil. Madu terhasil dengan campuran sari bunga dan cecair dari perut lebah dengan beberapa proses yang lain. Saya ingatkan hanya proses pengumpulan sahaja. Hehehe :p

Gambar ini menunjukkan lebah pekerja (betina) yang sedang membawa bakul nektar di kaki belakangnya. Nektar itu melekat pada bulu lebah dan kemudian disalurkan ke dalam bakul tersebut. Selepas itu bakul tersebut akan di bawa ke sarang lebah yang ada alat khas untuk menyambutnya. Ajaib bukan? Macam sarang automatik pula, bila lebah datang membawa hasil, sampai di sarang akan ada alat automatik menyambut hasil mereka.


Ini royal jelly. Dulu saya memang tak tahu langsung (ditambah dengan sikap tidak ambil tahu) bagaimana royal jelly dihasilkan. Mungkin dari bunga juga (sikap cari penjelasan dengan mudah, sila jangan tiru!). Rupanya dihasilkan dengan mengggunakan kelenjar di kepala mereka. Royal Jelly atau susu lebah ini adalah makanan si Ratu Lebah. kalau tak silap saya, royal jelly ini juga dinikmati oleh lebah pekerja biasa tapi hanya untuk 3 hari pertama mereka sahaja manakala Ratu Lebah memakannya seumur hidup.

Sebenarnya kebanyakkan artikel yang menulis tentang lebah ini di dalam Bahasa Arab, jadinya setiap kali suami membaca saya gerpaksalah menunggu dia menterjemahkannya semula kepada saya. kadanng-kadang geram juga bila suami terleka membaca sehingga lupa menjelaskan kepada saya penerangan kepada setiap gambar yang dipamerkan. Bukan apa, saya benar-benar rasa teruja dengan cara lebah yang begitu unik menghasilkan makanan paling berkhasiat untuk manusia. Selesai menjelaskan kepada saya suami menambah, sebab itulah madu disebut di dalam Al Quran, banyak khasiat dan cara penghasilannya sungguh rumit, benar-benar menunjukkan kekuasaan Allah SWT.

“Dan TuhanMu mengilhamkan kepada lebah “buatlah sarang di gunung-gunung dan di atas pohon-pohon dan tempat-tempat yang dibina oleh manusia”. “Kemudian makanlah (wahai lebah) dari segala jenis buah-buahan, kemudian ikutlah (wahai lebah) jalan Tuhanmu (aturan hidup yang ditetapkan oleh Allah) yang telah dipermudahkan”, daripada perutnya (lebah) minuman (madu) yang bermacam-macam warna, di dalamnya penyembuh untuk manusia, sesungguhnya pada yang demikian menjadi tanda untuk orang-orang yang berfikir”.

An Nahl: 68-69



Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...