Friday, November 11, 2011

Sedapnya Madu

* Ini adalah Sticky Post, sila scroll ke bawah untuk Post Terbaru. TQ!

Salam

Harap tak ada yang silap baca tajuk entry kali ini, sedapnya madu bukannya sedapnya bermadu ya. Saya mahu bercakap tentang kelazatan dan khasiat madu dan bukannya pahit dan manis hidup bermadu. Kalau mahu membaca entry mengenai poligami, mungkin di lain hari atau mungkin saja saya tidak akan menulis tentangnya. Wallahua'lam. Jangan salah faham pula, saya tidak menentang poligami cuma saya tidak merasakan saya seorang yang tabah untuk menghadapi dugaan hidup bermadu.

Berbalik kepada tajuk asal, saya sebenarnya mahu berkongsi sesuatu tentang madu. Baru-baru ini suami saya mengalami masalah batuk yang serius. Batuk yang menganggu tidur malam dan menyebabkan kepuasan kominkasi semakin menurun. Yela, sedang elok saya teruja bercerita, sampai terlompat-lompat, suami pula batuk tidak henti-henti. Akibatnya cerita-cerita saya hanya disambut dengan batuk-batuk yang menyakitkan. Kami berkunjung ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan suami saya disyaki menghidapi asthma.

Selepas itu, suami saya teringat amalannya ketika berada di Yaman. Memakan madu bersama minyak Habbatus Sauda'. Minyak Habbatus Sauda itu digaulkan bersama madu dan diminum (dengan tidak meminum air selepas itu). Alhamdulillah, batuknya semakin berkurangan dan bertambah baik.

Ya, tentulah madu asli sahaja yang mampu memberikan keberkesanan yang sedemikian rupa. Jika madu yang sudah ditambah dengan air ataupun madu yang dihasilkan oleh lebah belaan (iaitu lebah yang diberi makan gula), tentu kesannya berbeza. Ini kerana komposisi madu sudah dicampur dengan bahan lain menjadikan khasiatnya berkurangan dan berubah. Alhamdulillah, berkat hubungan silaturrahim yang dibina ketika berada di negara Yaman dahulu, suami saya berjaya mendapatkan pengedar Madu Yaman Sidr yang asli.

Berpunca kerana batuk yang berpanjangan, maka terciptalah satu blog khusus untuk menjual Madu Yaman Sidr yang asli. InsyaAllah, keasliannya dijamin dan diakui oleh Kementerian Pertanian Yaman dan makmal swasta dinegara tersebut. Semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya.

www.yummyhoneyshop.blogspot.com

p/s: Oh ya, sesiapa yang merasa ragu-ragu untuk berbelanja untuk madu ini, jangan risau. Jaminan pulangan wang akan diberikan sekiranya madu yang kami bekalkan dapat disanggah keasliannya. :)

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya.

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...