Showing posts with label Kain Felt. Show all posts
Showing posts with label Kain Felt. Show all posts

Wednesday, November 18, 2015

Fenomena Busybook/Quietbook

Salam

Dah beberapa kali juga saya cuba buat busybook ni tapi kegigihan dan ketekunan yang diperlukan tersangatlah banyak jadi sudahnya saya siapkan 1 page zip sahaja. Bila tengok hasil orang lain terus datang semangat nak buat...tapi bila busy dengan anak-anak, tempahan handmade dan juga barangan supply Felt terus semangat jadi merudum. Tak ada masa.

Beberapa orang mesej saya melalui FB mahu menempah Busybook....walaupun harga busybook mendatangkan pendapatan lumayan, tapi kegigihan yang nak kena ada untuk siapkan tu, saya tak mampu. Sudahnya saya hanya keluarkan Busybook DIY Kit yang saya teliti dan kira betul-betul agar kit itu mencukupi segala keperluan ibu-ibu hebat diluar sana yang bersemangat waja nak buat Busybook untuk anak-anak.

Ini pakej Busybook DIY Kit saya, Siapa yang berminat boleh whatsapp 012-2118905





 

p/s:  Ibu-ibu yang bersemangat waja, cepat whatsapp 012-2118905 dan grab Busybook DIY Kit yang macam goreng pisang panas sedap krup krap krup krap ni! Hehehe :)


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Thursday, February 19, 2015

Jualan Murah Bantal Felt dan Velboa

Salam

Alhamdulillah, saya berkesempatan mengadakan sale atau jualan murah untuk kesemua barangan ready stock handmade saya. Insyaallah harganya berbaloi-baloi dan sangat murah berbanding harga jualan asal. Jika dibandingkan dengan kualiti jahitan dan material yang digunaka juga, inysaallah menang membeli dan menang juga memakai.

Sila ke blog Crafty Mommy untuk melihat semua barangan yang terlibat. Atau boleh juga ke instagram saya IG: @crafty2mommy atau laman Facebook. Tolong ya, habiskan kesemua ready stock saya.. :) Oh ya, untuk mereka yang nak buat bantal Felt atau Velboa custom made, design mengikut kehendak sendiri, nak letak nama atau gambar pun boleh...tempahan sedang dibuka. Apa-apa boleh hubungi saya ya..samaada melalui Facebook mahupun Whatsapp. Insyaallah, mana-mana medium pun saya akan balas.










Sila kunjungi blog Crafty Mommy untuk senarai harga diskaun yang lengkap. Terima kasih semua! :)


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Monday, December 15, 2014

Supply Felt. Wooden Button, Charms. Resin. Alphabet Button

Salam

Alhamdulillah, walaupun saya terpaksa berehat seketika daripada dunia kraftangan, Allah tetap juga memberi kesempatan untuk saya menjual barangan keperluan untuk menghasilkan kraftangan Felt. Beberapa barangan seperti Kain Felt (yang boleh dibeli secara meter), butang-butang comel, butang kayu (Wooden Button), Resin atau Flatback Button, Charms (oleh dijadikan hiasan bantal atau gelang tangan Pandora Inspired) dan sebagainya.

Ada beberapa lagi barangan yang saya masih belum berkesempatan untuk muat naik ke dalam album di Facebook. Antaranya butang huruf (alphabet button, precut (huruf dan pelbagai corak), material kain seperti Velboa, Faux Hair dan peralatan (keychain, HP strap, jump ring and etc.). Semua item ini saya akan muat nak secara berperingkat. Insyaallah.






Saya juga bercadang untuk mewujudkan group Whatsapp Felt Beginners bagi membantu mereka yang berminat untuk berkecimpung dalam bidang Felt dengan lebih serius. Bidang Felt ini adalah salah satu bidang yang memerlukan modal yang kecil untuk memulakan perniagaan. Hasilnya menguntungkan. Tapi jangan pula tidak bersungguh-sungguh, walau apa jua bidang yang kita ceburi kesungguhan dan doa itu kunci kepada kejayaan.

Siapa yang berminat untuk bersama-sama dengan saya menimba ilmu mengenai kraftangan Felt, boleh tinggalkan no telefon di FB Crafty Mommy atau di ruangan komen di bawah post ini. Tapi syarat untuk memasuki group tersebut ialah anda perlu membeli kain Felt daripada saya terlebih dahulu :)



Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Saturday, December 6, 2014

Beli Felt. Borong Felt. Kraftangan Felt. :)

Salam

Memandangkan saya sekarang sedang berehat dari mengambil sebarang tempahan Felt,..banyak masa kosong saya gunakan untuk berfikir, macam mana ya, nak terlibat dengan Felt juga! So....dengan lafaz bismillah, saya mulakan penjualan barang-barang raw material untuk mereka yang mahu menceburi bidang Felt.

Mula-mula sekali kita jual Kain Felt dulu ya. Insyaallah Felt yang saya jual ini bermutu tinggi dan tidak mudah berbulu. Tak juga terlalu tebal mahupun terlalu nipis. Inilah Felt yang saya gunakan untuk semua tempahan yang saya terima. Siapa yang pernah menempah kraftangan Felt dengan saya, Insyaallah tahu kualiti Felt yang saya jual ini kualiti yang baik.

Harga:

RM12 untuk 1 meter
RM7 untuk 1/2 meter

Kos Penghantaran RM7 untuk 1kg yang pertama dan RM2 untuk kg seterusnya.
Penghantan hanya akan dilakukan seminggu sekali sahaja. (Melainkan ada bulk order)

Berikut kod warna kain Felt yang ada.




Insyaallah, akan datang saya akan upload lebih banyak lagi bahan macam precut Felt yang cantik-cantik (bentuk rama-rama, kereta, rusa, burung hantu and tec), butang yang warna warni, peralatan (keychain, jump ring, HP strap and etc) and yang paling istimewa yang memang akan membantu korang semua dalam penghasilan kraftangan ni ialah precut Font (huruf) dan applique (gambar  pengantin, lelaki, perempuan, teddy bear and etc). Tunggu ya.

Untuk tempahan dan update yang lebih cepat LIKE FB Crafty Mommy dan FOLLOW Instagram @crafty2mommy ya! Atau boleh juga whatsapp 0122118905. Thank you :)

p/s: I belanja gambar kraftangan Felt ya ;)





Ini bantal...kalau kraftangan lain? I belanja gambar lagi....semua dari Felt juga!




Ini versi bag. Kalau nak DIY kahwin bagi best macam mana? Pun boleh...nah untuk inspirasi U olls okay!







Best kan? Tunggu apa lagi? Jom order Felt dari Crafty Mommy. Insyaallah, siapa yang order dengan saya, saya akan layan segala macam pertanyaan untuk hasilkan kraftangan ni. Silap hari bulan, Kalau ramai sangat beginners yang nak ilmu, kita set up group whatsapp untuk kita chit chat k. So tunggu apa lagi, order cepat!


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...