Monday, December 15, 2014

Supply Felt. Wooden Button, Charms. Resin. Alphabet Button

Salam

Alhamdulillah, walaupun saya terpaksa berehat seketika daripada dunia kraftangan, Allah tetap juga memberi kesempatan untuk saya menjual barangan keperluan untuk menghasilkan kraftangan Felt. Beberapa barangan seperti Kain Felt (yang boleh dibeli secara meter), butang-butang comel, butang kayu (Wooden Button), Resin atau Flatback Button, Charms (oleh dijadikan hiasan bantal atau gelang tangan Pandora Inspired) dan sebagainya.

Ada beberapa lagi barangan yang saya masih belum berkesempatan untuk muat naik ke dalam album di Facebook. Antaranya butang huruf (alphabet button, precut (huruf dan pelbagai corak), material kain seperti Velboa, Faux Hair dan peralatan (keychain, HP strap, jump ring and etc.). Semua item ini saya akan muat nak secara berperingkat. Insyaallah.






Saya juga bercadang untuk mewujudkan group Whatsapp Felt Beginners bagi membantu mereka yang berminat untuk berkecimpung dalam bidang Felt dengan lebih serius. Bidang Felt ini adalah salah satu bidang yang memerlukan modal yang kecil untuk memulakan perniagaan. Hasilnya menguntungkan. Tapi jangan pula tidak bersungguh-sungguh, walau apa jua bidang yang kita ceburi kesungguhan dan doa itu kunci kepada kejayaan.

Siapa yang berminat untuk bersama-sama dengan saya menimba ilmu mengenai kraftangan Felt, boleh tinggalkan no telefon di FB Crafty Mommy atau di ruangan komen di bawah post ini. Tapi syarat untuk memasuki group tersebut ialah anda perlu membeli kain Felt daripada saya terlebih dahulu :)



Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

2 comments:

  1. Berapa harga borong alphabet buttons? Emel sahida85@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awk...boleh ke Insta @bellakraf dan tengok #bellakrafshutdownsale

      Delete

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...