Tidak dapat tidak, saya tidak dapat mengelak untuk memberikan sedikit komen tentang politik di Malaysia. Lebih-lebih lagi tentang beberapa isu baru-baru ini. ICERD, PTPTN dan TAWAS. Sungguh mengjengkelkan. Semakin lama, saya lihat PH semakin entah apa-apa.
.ICERD
.
Ramai juga yang tertanya-tanya untuk apa lagi orang Melayu berhimpun sedangkan PM ke 7 sudah memberitahu tidak akan merektifikasikan ICERD dalam masa terdekat. Mungkin mereka ini baru sahaja mengikuti rentak politik Malaysia. Mereka tidak merasai pemerintahan Mahathir Mohammad dan terlupa pula pasal janji manifesto yang dicapati. Kalau sekadar mengeluarkan statement press conference, apalah sangat yang dipercayakan. Bila-bila masa sahaja mereka boleh UTurn. Bahkan itu sajalah prestasi yang paling baik mereka lakukan setakat ini. UTurn. Saya menyokong himpunan bantah ICERD, lebih-lebih lagi apabila dua kali usul untuk membincangkan ICERD di Parlimen di tolak dan salah satunya usul yang dibawa oleh DS Anwar Ibrahim. Sebatang tubuh yang mereka janjikan kedudukan sebagai PM tetapi kelihatan seperti tidak bertaring sahaja. Huhuhu. Saya tidak melihat apa-apa jaminan yang boleh kita pegang. ICERD tetap satu ancaman.
.
PTPTN
.
Ini satu isu yang betul-betul menggemparkan Malaysia. Nak ketawa juga. Dulu ramai yang zikir, kalau berhutang haruslah dilunaskan. Satu zikir yang mereka ratibkan di bibir kerana menyokong pimpinan PH. Lihat hari ini, bibir yang sama juga basah dengan makian, gara-gara pemerintahan PH juga. Huhuhu. Saya dari dulu tak faham bagaimana PH memerintah. Andai mereka tidak mampu memberikan apa yang telah dijanjikan, janganlah ditambah beban rakyat. Sudahlah tol dan minyak tidak pernah turun, naik pula kos kehidupan yang lain. Mengarut betul. Tak boleh ke diteruskan sahaja dengan skema yang sama. Ini tidak, siap dengan perjanjian Ujrah sekali di bubar. Keji. Rakyat tidak dapat mengadu dan merintih lagi. Kezaliman UMNO disambung PH. Dulu, PTPTN mengenakan syarat perjanjian bahawa peminjam perlu membayar hutang dengan apa jua kaedah yang ditentukan kerajaan. Maka rakyat membayarnya dengan % bayaran balik yang tinggi. Kemudian Ujrah diperkenalkan. Tapi bila PH mengambil alih kerajaan, rakyat diminta membayar bulanan secara tetap melalui auto debit dengan jumlah yang ditentukan kerajaan dengan perjanjian Ujrah yang dimansuhkan. Tak cukup dengan paksaan auto debit, % bulanan yang perlu dibayar sangat membebankan. Siapa kata menggantikan UMNO dengan PH satu undian ideal? Sudah banyak kali saya katakan...gantikan UMNO dengan PAS. Lihat sahaja pemerintahan PAS di Terengganu dan Kelantan yang bebas hutang dan aman sejahtera dalam keadaan dibuli kerajaan pusat dan disekat pendapatan negeri dengan menyekat bayaran royalti. Kerajaan PH yang menerima bantuan derma rakyat, menyusahkan lagi rakyat dengan SST dan skim bayaran balik PTPTN.
.
TAWAS
.
Siapa masih ingat TAWAS yang diperkenalkan kerajaan Negeri Selangor sewaktu PAS dan PKR memerintah? Untuk makluman, kelak 31 Januari 2019, Tabungan Warisan Anak Selangor yang memberikan sejumlah RM1,500 pada anak Selangor apabila mereka menginjak 18 tahun akan dibatalkan. Ya, tiada lagi wang saku untuk anak-anak Selangor. Dan masih ramai lagi yang memuja PH? Sungguh dangkal. Apa sahaja yang tinggal untuk anak kalian?
.
.
No comments:
Post a Comment
Feel free to leave words. :)