Masih ingat lagi tentang Guestbook Corner yang saya ceritakan dulu? Alhamdulillah, semua perancangan semakin mendatangkan hasil setelah banyak kudrat yang dicurahkan beserta doa kepada Allah SWT. Ar Razzak, Yang Maha Pemberi Rezeki. Walaupun masih dalam tempoh pengenalan dan belum mendapat tempat di kalangan bakal pengantin, saya percaya, lambat atau cepat rezeki itu akan datang. Sama seperti rezeki Felt yang semakin mencurah-curah. Hampir saban hari saya akan mengambil masa, mencari kelapangan waktu di antara menguruskan rumah tangga dan duduk berteleku menghadap benang dan gunting.
Untuk post kali ini, saya sekadar berkongsi pakej basic yang saya sediakan. Untuk lebih banyak pilihan dekorasi dan pakej yang lebih menarik, jemput ke blog I DO WEDdING yang saya sediakan khas utuk mereka yang bakal mendirikan rumah tangga.
Pakej guestbook Corner:
Pakej basic ini dihiaskan dengan gubahan bunga, beberapa frame gambar, guestbook signage, pinwheel (paper fan), Mr & Mrs banting, pomander balls dan handmade guestbook. Semuanya boleh didekorasi mengikut tema dan warna majlis perkahwinan itu nanti.
Pakej-pakej seterusnya akan di datangkan dengan hiasan yang lebih menarik. Wishing tag yang berbeza dan membawa kelainan pada majlis, alas meja yang lebih bergaya dan boleh dijahit dengan dua gabuangan warna dan yang pastinya, Insyaallah, boleh diselaraskan (tambah/tolak dekorasi) mengikut kesesuaian bajet. Tunggu apa lagi? terjah blog I DO WEDdING sekarang untuk melihat pelbagai pakej dan hiasan menarik untuk serikan majlis perkahwinan anda yang sekali seumur hidup itu. Insyaallah!
No comments:
Post a Comment
Feel free to leave words. :)