Monday, February 17, 2014

Applique Felt, Bantal Velboa. Felt Oh Felt :)

Salam

Mungkin ramai pembaca blog ni (tak ramai mana pun :p) dah tahu yang saya menerima tempahan menjahit kraftangan yang berasakan Felt. Hari ini semacam mahu bercerita sedikit mengenai Felt. Tempahan untuk tahun 2014 saya terima dengan permintaan kain Velboa yang semakin mendapat tempat di hati orang ramai. Kalau dulu kebanyakan orang masih menempah bantal menggunakan Felt sebagai bahan utama bantal, tahun ini, semua tempahan yang saya terima semuanya meminta kain Velboa sebagai bahan utama.


Jangan salah faham ya, bukan keseluruhan bantal diperbuat daripada Velboa, cuma base bantal sahaja yang saya jahit menggunakan kain Velboa. Applique atau corak yang dijahit di atas bantal masih lagi menggunakan material Felt. Serasanya kebanyakan crafter juga menggunakan cara yang sama, hanya seorang crafter sahaja yang saya kenali menjahit bantal dan applique menggunakan material Velboa. Satu kemahiran yang cukup hebat dan mengangumkan.

Untuk yang masih asing dengan kain Velboa, suka untuk saya terangkan di sini bahawa kain Velboa adalah kain yang kebiasaannya anda jumpa pada Teddy Bear. Kainnya berbulu pendek, sejuk dan gebu, sedap dan sesuai untuk dijadikan bantal yang untuk dipeluk. Mankala Felt lebih keras dan kasar, saya hanya menyarankannya kepada customer yang mahukan bantal sekadar untuk hiasan. Bagi yang mahu memeluknya, material Velboa adalah yang terbaik!

Gambar di atas merupakan gambar applique yang saya hasilkan menggunakan mateerial Felt. Manakala gambar di bawah pula adalah gambar yang saya hasilkan menggunakan material Velboa dan applique di atas telah pun saya jahitkan pada bantal-bantal dibawah. Semuanya saya lakukan secara manual, tanpa bantuan mesin BigShot (yang telah pun saya jual) ataupun mesin jahit. Ya, saya jahit tangan keseluruhan bantal.









Untuk mereka yang berminat untuk menempah bantal-bantal comel yang hiasannya boleh mengikut sepenuhnya citarasa anda, kunjungi blog Felt saya. KLIK



Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

6 comments:

  1. Salam.. Kak.. Kalau long pillow boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Insyaallah boleh, tak ada masalah.

      Delete
  2. Assalamualaikum
    jual x kain velboe ni..sy nak beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Ya sis, saya ada jual. Boleh whatsapp 0122118905

      Delete
  3. salam
    sis bolh saya taw tak mcm mne nk dpt suplier kain velboe nie..susah btol nk cry..sy buat bntal pillow juga,tpi sy punya suplier dh xamik kain tu lagi..sy kena cari suplier lain plak..bolh tolg sy tak sis?? pless

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Sis boleh whatsapp saya di 0122118905. Saya ada jual Velboa.

      Delete

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...