Saturday, November 9, 2013

Rezeki

Salam.

Alhamdulillah dikurniakan rezeki untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Walaupun bukanlah perniagaan saya secara terus tapi ilmu yang ditimba dari pengalaman membuka dan membantu perniagaan keluarga dan usahasama suami dan sahabat-sahabatnya amatlah bermakna buat saya. Bermula dari seseorang yang hanya mempunyai idea tanpa bayangan sebenar bagaimana mahu memulakan perniagaan, saya kini (insyaallah) mempunyai ilmu untuk membuka perniagaan sendiri. Hanya modal yang menjadi kekangan buat masa ini. Apa-apa pun saya gembira dengan apa yang saya lakukan sekarang. Pengalaman dan ilmu yang diperolehi begitu berharga, banyak perkara baru yang saya pelajari yang tentunya tidak dapat dimiliki dengan hanya menelaah buku teks. Alhamdulillah sekali lagi, rezeki ilmu dari Allah. :)


Ini kedai buku hasil usahasama suami dan sahabat-sahabatnya. Kebanyakan pengurusan dan persiapan untuk mendirikan kedai buku ini dilakukan oleh saya dan suami. Masa yang diperuntukan sangat banyak dan komitmen yang diberikan bagi memastikan kedai buku ini 'berdiri' teramatlah tinggi. Mana tidaknya, untuk mendapatkan sistem kedai, kami membawa anak-anak bersama untuk bertemu dengan konsultan. Sungguh mencabar.



Ini pula kedai mencuci kereta ala-ala spa dan auto detailing yang diusahakan keluarga saya. Pusat cucian kereta tetapi konsepnya lebih mewah dan lebih banyak teknik cucian yang digunakan. Ada di antara teknik yang digunakan saya tidak pernah dengar pun. Tapi melihatkan hasil cucian yang dijalankan pada kereta Abah, saya sangat berpuas hati. Cantik, seperti kereta baru! :)


p/s: Sokong kami dengan berkunjung ke mana-mana kedai yang memenuhi keperluan anda. Insyaallah, perkhidmatan dan produk yang ditawarkan menarik dan berkualiti.

p/s: Doakan kejayaan kami ya. :)


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...