Wednesday, May 22, 2013

Penantian [Draft-Outdated]

Salam.

Lama sungguh saya tidak mencoretkan apa-apa di sini. Jujurnya saya sangat rindu untuk menulis, malah ada beberapa ketika saya seperti sudah mengarang penulisan saya di dalam fikiran cuma tidak dapat di taip terus ke blog kerana kekangan masa. Syukur alhamdulillah, beberapa hari lagi saya akan menduduki peperiksaan akhir semester untuk semester terakhir pengajian saya. Harapnya semua berjalan dengan lancar dan saya berjaya menamatkan pengajian saya.

Pelajaran saya agak terganggu kerana beberapa hal yang timbul tapi saya mengusahakan agar gangguan itu hanya menjejas sedikit sahaja, janganlah ianya menganggu sehingga melambatkan saya untuk menamatkan pelajaran. Semangat saya untuk meneruskan lagi pelajaran dalam jangka masa yang panjang sudah hampir padam, malah untuk menamatkan sem ini pun saya sudah lemah longlai. Saya mahu bergelar graduan, seperti sahabat-sahabat yang lain. Saya pohon doa dari teman-teman, iringilah saya dalam setiap tadahan doa kalian.

Kehidupan saya tidak banyak berubah, masa saya dipenuhi dengan aktiviti menjahit dan menguruskan rumah tangga dan belajar. Peruntukan masa cuba saya bahagikan sebaik mungkin walaupun permintaan Felt yang semakin tinggi menyebabkan saya kekurangan rehat dan tidur. Saya tidak mengeluh malah bersyukur atas rezeki kurniaan Allah. Rezeki anak, untuk Zahra dan Wardah...dan barangkali untuk bayi yang baru 9 minggu di dalam kandungan. Ya, saya mengandung lagi. Doktor menjangkakan bayi ini akan di lahirkan pada 11 Januari tahun hadapan tapi saya mengharapkan bayi ini lahir hujung tahun ini. Biar jarak umur setiap anak selang setahun sahaja. Biar apa pun, saya tetap mahukan caturan yang terbaik dari Allah SWT. Doakan semuanya dipermudahkan ya. :)


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...