Thursday, February 28, 2013

Lagi Tentang Felt

Salam

Siapa sangka hanya dari sebuah mimpi,minat terhadap Felt semakin mendalam. Saya bukan sahaja menjalankan beberapa research berkenaan Felt malah kini saya membeli beberapa buah buku untuk dijadikan rujukan. Alhamdulillah suami menyokong minat saya dan menghormati niat saya mahu serius dalam bidang ini selepas tamat pelajaran nanti. Insyaallah,saya tidak mahu hanya menjahit untuk suka-suka,saya mahu minat ini dijana sehingga menjadi hobi yang bermanfaat dan menguntungkan.

Ini adalah beberapa buah buku yang saya dapatkan di Kinokuniya. Alhamdulillah saya berpuas hati dengan isi dan idea di dalam buku-buku ini. Insyaallah, kalau berkesempatan saya mahu menyediakan stok seperti keychain, beg dompet dan tag kunci untuk jualan.












Insyaallah projek-projek di dalam buku ini juga saya akan cuba satu per satu. Mana tahu satu hari nanti saya berjaya menghasilkan soft toy dan teddy bear saya sendiri. Segalany tidak mustahil dengan usaha dan keizinan dari Allah SWT. :)

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

4 comments:

  1. assalam, saudari ada jual tak buku-buku kraf tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Maaf, buku-buku ini saya beli di MPH. Saya tak jual ya. Mungkin awak boleh ke sana dan beli. :)

      Delete
    2. Correction: Kinokuniya ya..bukan MPH.

      Delete
  2. sorry terlupa, kalau ada tlg emelkan kepada saya harga2nya. tq.
    noorsalha1970@gmail.com

    ReplyDelete

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...