Salam.
Setelah beberapa hari saya memberi laluan kepada special exam yang saya duduki, alhamdulillah, kini saya berkesempatan semua untuk memulakan hobi menjahit saya. Ada 5 tempahan yang perlu disiapkan.
1. Bantal Felt saiz A4 (hadiah perkahwinan). Due 24 Mac 2013
2. Bantal Felt saiz A4 (hadiah perkahwinan). Due 24 Mac 2013
3. Bantal Faux Hair saiz 12 x 12 inci (hadiah harijadi). Due 31 Mac 2013
4. Bag Sandang Panda Faux Hair. (No due date specified)
5. Bantal Faux Hair saiz A4. (No due date specified)
Jadi untuk tempahan yang perlu saya siapkan pada pertengahan dan akhir bulan Mac, saya akan menerima lebih kurang dua lagi tempahan. Semoga rezeki terus datang mencurah-curah. Ameen.
Ini gambar Bantal Faux Hair saiz 12 x 12 inci dan Bag Sandang Panda Faux Hair (saiz lebar 13.5 inci, tinggi 12 inci) yang masih di dalam proses. Saya baru sahaja selesai aktiviti memotong dan menampal. Insyaallah,lepas ni aktiviti menjahit akan bermula.
No comments:
Post a Comment
Feel free to leave words. :)