Sunday, December 4, 2011

Terima Kasih!

Salam

Semenjak menceburi bidang perniagaan, banyak yang perlu saya sesuaikan dengan tuntutan kerja. Keadaan dan susunan isi rumah dan juga masa yang diperuntukkan untuk keluarga dan kerja. Mungkin senang saja bunyi bila dapat tahu saya bekerja di rumah. Betul, memang mudah. Saya tidak menafikannya. Tak perlu bangun pagi, bersiap-siap ke pejabat dan mengharungi kesesakan jalan raya. Bila bekerja dirumah, celik saja mata sudah boleh menghadap komputer. Mudah dan ringkas kan? Tapi seperti biasa, tidak ada yang datang bergolek, ada juga ujian yang perlu ditangani. Pembahagian masa. Sebenarnya bila berada di rumah, peruntukkan masa menjadi lebih sukar. Mana tidaknya banyak godaan yang perlu ditangani. Godaan suara comel Zahra, godaan makanan di dapur dan pelbagai godaan lagi yang membuatkan saya tidak fokus dalam menguruskan kerja. Akibatnya bila ada order yang masuk mula lah saya kelam kabut tak tentu pasal. Tapi Alhamdulillah, buat masa ini semua order customer berjaya saya siapkan. :)


Thank you customer yang order, semoga mendapat kesembuhan dan kesihatan yang semakin baik. :) Terima kasih daun keladi, bulan depan beli lagi! :p

Oh ya, bercakap tentang keadaan dan susunan isi rumah, banyak yang perlu saya kemaskini untuk menampung keperluan perniagaan. Mulalah saya pening-pening kepala memikirkan bagaimana mahu mengosongkan sesuatu ruang. Dimana mahu diletakkan stok kotak? Di mana mahu diletakkan stok barang? Setelah beberapa hari, dengan keadaan yang tidak seberapa, tersedia juga ruang untuk saya letakkan stok kotak dan produk. Alhamdulillah, kurang kusut sikit kepala bila melihat semuanya tersusun. Mudah-mudahan semakin senang saya bekerja. InsyaAllah.

Ruang kotak yang berkotak-kotak -_-'

p/s: Bila sudah jadi working at home mom, tidaklah saya segan sangat bertemu dengan rakan-rakan lama yang kebanyakkannya sudah pun ada karier masing-masing. Mereka sudah berkarier, saya pula sudah berumahtangga. Saya menyalahi perjalanan hidup yang biasa bagi seorang gadis -belajar, kerja dan berkahwin. Berbeza dengan saya yang baru sahaja membina kerjaya. Semoga Allah permudahkan semuanya.

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya. Ameen.

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

2 comments:

  1. Salam.

    Hehehehe. Rab jual Madu Yaman Sidr (madu terbaik dunia) and produk makanan Timur Tengah yang lain. Kalo Farah berminat boleh tengok kat sini, www.yummyhoneyshop.blogspot.com

    p/s: Saja ambil kesempatan pengalaman hubby yang belajar kat sana bertahun-tahun. :)

    ReplyDelete

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...