Salam.
Saya masih lagi sibuk dengan urusan kerja dan sebagainya. Tapi kegatalan untuk menulis sentiasa mengatasi segalanya. Malahan ketika saya tersangat sibuk, idea mahu menulis begitu mencurah-curah terutamanya ketika berada di dalam kereta ataupun ketika sedang mandi. Mungkin kesegaran badan turut menjadikan minda segar bugar. Keberadaan di dalam kereta pula telah meluaskan pemikiran saya, seluas lebuhraya Malaysia. -_-'
Saya mahu menulis sesuatu yang ilmiah, sesuatu yang boleh dijadikan pengajaran tapi mengikut perkiraan saya, mahu menulis sesuatu yang bermanfaat dan berkualiti memerlukan masa yang lebih. Jadinya masa yang ada sekarang ini hanya memungkin saya menulis tentang sesuatu yang ringkas sahaja.
Hari ini saya ke majlis perkahwinan seorang teman sekolah. Seorang sahabat lelaki sebenarnya. Alhamdulillah, dia sudah bertemu jodoh dengan insan pilihan yang berasal dari Kelantan. Semoga bahagia dan kekal hingga ke syurga hendaknya. :) Dalam banyak-banyak perkahwinan yang saya hadiri, ini adalah di antara majlis yang saya suka. Majlisnya dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan bacaan doa. Ketibaan pengantin pula disambut dengan selawat dan sepanjang kami berada di majlis itu, hanya lagu nasyid sahaja yang didengdangkan. Sejujurnya saya lebih suka begini, menghadiri majlis dengan perasaan yang damai. Damai kerana masih lagi di dalam batas-batas yang sepatutnya walaupun sedang bergembira.
Mungkin ramai yang tidak faham apa kaitannya dengan bacaan doa dan dendangan lagu nasyid untuk disabitkan pada majlis yang mempunyai batas-batas agama? Pada pandangan saya, lagu dan doa ini sendiri telah meng'set'kan mentaliti para hadirin agar berkelakuan sopan dan tidak lalai. Cuba bayangkan kita berada di majlis yang mendendangkan lagu dangdut dan sebagainya, secara tidak langsung kita sendiri lupa untuk menjaga batas pergaulan dan mengerjakan solat. Bila majlis dimulakan dengan doa, kita secara automatok akan berada di dalam keadaan alert supaya behave and beware dengan tingkah laku kita. Mahu ber'sosial' tidak tentu hala pun rasa segan kerana majlis sentiasa dialunkan dengan lagu nasyid yang mengingatkan kita tentang Allah dan agamanya.
Ya, sedikit sahaja impaknya, sedikit sahaja kesannya kalau dilihat dengan mata kasar. Mungkin akan ada yang berhujah, kalau sudah terbiasa berkelakuan baik, dimana-mana pun akan baik. Kalau sudah biasa meninggalkan solat, berdiri di tepi masjid pun tetap akan meninggalkan solat. Tapi saya percaya, bisikan syaitan itu halus dan kita juga haruslah memperhalusi cara kita menjaga iman. Saya juga percaya hidayah Allah itu luas, jadi kita juga haruslah memperluaskan peluang kita mendapat hidayah. Mana tahu, dengan hanya mendengar lagu nasyid dan doa yang meruntun jiwa, ramai yang terbuka hati pada hari itu.
Jangan pula salah faham, saya masih lagi berniat untuk terus memenuhi setiap undangan yang dikirimkan. Penulisan ini hanya sekadar pencetus pemikiran dan penyataan pendapat. Tidak lebih dari itu. Saya mengharapkan kita semua mendapat kebaikan, dunia dan akhirat. InsyaAllah..
Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya. Ameen.

No comments:
Post a Comment
Feel free to leave words. :)