Thursday, February 12, 2015

Bantal Felt. Bantal Velboa.

Salam

Saya sebenarnya mempunyai blog yang khusus untuk perniagaan Kraftangan Felt (Crafty Mommy) yang saya jalankan tapi saya lihat hit-hit di Google menjurus ke blog ini. Serba salah jadinya kerana di blog ini jarang-jarang sekali saya muat naik gambar bantal yang saya jahit, peralatan dan aksesori Felt yang saya jual. Blog ini lebih kepada blog personal, banyak yang saya bebelkan adalah mengenai kehidupan saya.

Terfikir juga, bagaimana agaknya saya mahu menaikkan hit di blog lagi satu. Mungkin kerana kewujudan blog ini yang jauh lebih lama menyebabkannya naik di halaman utama ketika carian menggunakan keyword "Kraftangan Felt" dan "Bantal Velboa". Rasa rugi pun ada kerana blog Felt yang saya wujudkan khusus itu aktif memuatnaik setiap bantal yang saya jahit tidak terdedah berbanding blog ini yang lebih banyak bercerita tentang perihal peribadi. Jadi, jika anda sekarang membaca penulisan saya ini kerana mahu menempah Bantal Felt ataupun Bantal Velboa, silalah berkunjung ke blog Felt saya. Insyaallah di sana anda akan lihat lebih banyak hasil kraftangan saya. Bukan itu sahaja, saya juga menjual segala jenis peralatan dan aksesori untuk anda sendiri hasilkan Kraftangan Felt ini.

p/s: Letak jugalah gambar bantak sikit untuk tatapan pembaca yang tersinggah. Ingat, klik link untuk melihat lebih banyak hasil Kraftangan Felt di blog khusus ya!
















Untuk tempahan boleh emel ke craftymommy@gmail.com atau whatsapp 012-2118905. Thank you!



Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

2 comments:

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...