Sunday, February 10, 2013

Pesta Buku 2013

Salam

Ini entri tertangguh yang agak lama ditangguh. Maaf,saya tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog pada waktu yang tepat. Sudah dua minggu pesta buku berlalu, baru hati ini saya punya peluang untuk bercerita. Alhamdulillah, tahun ini saya berkesempatan ke pesta buku, rasanya ini kali pertama saya ke pesta buku bersama suami. Tahun-tahun sebelumnya hasrat kami terpaksa dibatalkan kerana beberapa perkara yang timbul tiba-tiba.

Hari pertama ke pesta buku, kami membeli bahan bacaan dan menulis untuk Zahra. Saya memilih beberapa buku yang saya rasakan praktikal dan sesuai dengan peringkat umurnya. Alhamdulillah, minat Zahra terhadap buku amat mendalam. Setiap pagi saya akan luangkan masa untuk mengajarnya membaca dan menulis. Permainan yang dibeli sebelum ini semakin kurang disentuh, Zahra lebih berminat mendengar saya membaca untuknya ataupun dia lebih suka menghabiskan masa menulis dan menconteng di atas buku yang saya belikan.



Ini diantara koleksi buku yang saya belikan untuk Zahra. Ada diantaranya fokus pada pembacaan dengan grafik yang cantik dan ada juga yang fokus pada penulisan dengan kadbod buku yang mudah dipadam. Saya suka dengan idea dan praktikaliti buku-buku ini, sesuai dengan keperluan kanak-kanak.

Buku untuk saya dan suami pula lebih tertumpu kepada sistem kewangan Islam. Kami membeli tiga buah buku mengenai kewangan Islam tulisan Dr. Zaharuddin Abdul Rahman dan tiga buah buku lagi lebih tertumpu kepada tarbiah rohani dalam bentuk yang ringan tapi berkesan. Terpengaruh dengan promosi kawan-kawan di Facebook,saya memujuk suami untuk membelikan saya sebuah novel bertajuk, Suami Aku Ustaz. Saya masih belum membaca buku-buku ini, niatnya selepas selesai menjawab peperiksaan nanti barulah setiap helaian akan dibuka. Bimbang kalau sudah mula membaca tidak mahu berhenti pula.


Alhamdulillah rezeki dari Allah SWT. Semoga dengan setiap pembacaan, ilmu saya semakin bertambah. Pemahaman saya terhadap Islam juga semakin baik. Ameen. Senarai buku yang dibeli di Pesta Buku 2013:

1. Suami Aku Ustaz by Hannah Dhaniyah
2. Diari Seorang Diplomat by Allahyarham Wan Ahmad Fadzil Wan Mohd (Blogger Nafastari)
3. Di Hamparan Shamrock by Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
4. Diari Musafir, Jangan Berhenti Berlari by Dr Zaharuddin Abdul Rahman
5. Wang, Anda dan Islam by Dr Zaharuddin Abdul Rahman
6. Riba dan Isu Kewangan Semasa by Dr Zaharuddin Abdul Rahman
7. Murabahah by Dr Zaharuddin Abdul Rahman

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...