Tuesday, November 1, 2011

A Person Called Friend

Salam.

Saya sendiri tidak pasti kenapa saya mahu menulis tentang dia. Saya bukanlah sahabat rapat, jauh sekali bergelar kawan baik. Saya hanya serang kenalan yang akan tersenyum manis saat kami bersua muka. Bezanya saya menyukai perwatakan dia yang saya kira baik dan unik dari beberapa aspek.

Fatin namanya. Warganegara Brunei yang melanjutkan pelajarannya di IIUM. Saya mengenalinya ketika berada di semester pertama lagi. Menjadi teman berbual saat pensyarah masih belum tiba dan menjadi rakan berkongsi buku kerana salah seorang dari kami malas mahu membawa buku tebal Macroeconomic ke sana ke mari. Kami tidak rapat sama sekali walaupun Fatin merupakan teman sebilik seorang kawan baik saya. Kami seolah-olah berkawan atas dasar profesional sahaja, tidak ada sentimental value di dalam perhubungan itu.

Semasa di dalam kelas, Fatin banyak membantu saya. Kepakarannya di dalam Bahasa Inggeris menjadikan dia sumber rujukan pertama saya saat kekeliruan melanda. Jujurnya, dia menjadi tempat untuk saya mengasah keyakinan bercakap dalam Bahasa Inggeris. Dia sebenarnya faham dan boleh berbahasa Melayu tetapi kebiasaanya memang dia berbahasa Inggeris. Saya mengambil kesempatan ini, bercakap semahunya kerana melihatkan sikap dia yang tidak memandang rendah dan sentiasa memberi sokongan kepada rakan-rakan. Sekali sahaja kami pernah menghadiri kelas bersama, seterusnya kami hanya menyapa dan membalas senyuman saat berselisih bahu di kafetaria ataupun di dalam library.

Pernah sekali saya mengunjungi kawan baik saya yang berada di dalam kesedihan kerana gagal di dalam subjek yang sama kali kedua. Tiada kata yang mampu saya titipkan ketika itu kerana saya sendiri tidak menguasai subjek tersebut malah pernah sekali mengulanginya di semester kedua. Kami hanya berbual kosong menghilangkan sedih sehinggalah menerima kunjungan Fatin. Dia berpakaian kemas, mahu ke kelas petang katanya. Mendengar sahaja kegagalan kawan baik saya terus dia bersuara, "What? You failed again? You know what, this time there is no more excuses, I'm going to teach you. We are going to have an intensive classes. If you can't come to my room, I'll come to yours". Saya tersenyum dan membalas bagi pihak kawan baik saya yang masih bersama sisa-sisa sendunya, "That's very nice of you". Fatin menjawab sambil lewa, langkahnya diatur mahu menyambung perjalanannya ke kelas, "Oh, come on. This what a friend for". Dan, ya. Kawan saya lulus peperiksaan seterusnya.

Sewaktu saya sekelas dengannya, saya pernah terlihat seluar Jeansnya yang berconteng dengan bermacam-macam tulisan. Saya memerhatikan dengan penuh sayik dan bertekad untuk bertanya. "Oh, this is my study Jeans. I wrote on them everything that I've studied and I've remembered. I like it you know, its my inspiration". Bila saya bertanya pemakainnya ketika peperiksaan, dia ketawa dan menjawab, "Well, actually I have other Jeans without any writing on it. Don't worry". Dia ada keunikan yang tersendiri dalam menguruskan diri dan belajar. Saya menyukai dan mengagumi kepandaiannya. Seorang bermotivasi di dalam setiap perkara yang dilakukan, juga peramah dan kelakar orangnya.

Saya tidak pasti kenapa saya menulis tentang Fatin, mungkin kerana saya meminati keikhlasannya dalam membantu orang. Jarang saya lihat orang sekarang membantu insan lain bersungguh-sungguh, ramai yang mebantu ala kadar dan mengharapkan balasan. Ada juga yang membantu tetapi mencemuh selepas itu, menggunakan bantuan yang diberi sebagai baham umpatan dan caci maki. Ya, saya menulis tentang dia kerana saya menghargai keikhlasannya.

p/s: Maaf tak ada gambar sebab saya sendiri tak pasti samada dia OK atau tak OK kalau gambarnya disiarkan. Lagipun, saya tidak memberitahu dia tentang penulisan saya ini. :p

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya.

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

1 comment:

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...