Monday, August 22, 2011

Anugerah

Salam

Alhamdulillah, penantian selama 9 bulan akhirnya berakhir. Anugerah Allah yang paling berharga buat saya dan suami selamat dilahirkan jam 6.14 pagi pada 17 Ogos yang lalu. Sehari lebih awal daripada tarikh jangkaan tetapi jatuh pada Hari Nuzul Quran. Semoga ada keberkatan dan keistimewaan pada tarikh yang istimewa itu. Ameen.

Zahratul Iman bt Ahmad Izzuddin. Semoga menjadi seorang hafizah, pejuang Islam dan anak yang solehah. Semoga anak ini menjadi harta yang berharga buat saya sekeluarga dan Islam. Ameen.


Hari Pertama, sejurus selepas dilahirkan.

Hari Kedua, 4.56am di Hospital Selayang

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaaNya.


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...