Wednesday, June 29, 2011

Speak For Yourself

Salam

Ada kalanya timbul juga perasaan marah pada rakan-rakan yang saya rasa sewenang-wenangnya sahaja mahu melontarkan kata-kata pada saya. Tidak perlu berfikir panjang. Akan terasa hatikah saya? Sensitif atau tidak perkara ini untuk saya? Bolehkah hal ini dibincangkan di depan awam, tidak akan mencalar maruah saya atau keluargakah? Soalan-soalan sebegini mereka tidak pernah ambil peduli, geram saya dibuatnya. Kalau ya pun mahu menjalankan ‘amar makruf nahi munkar’ janganlah sampai lupa pada kepentingan menjaga aib.

Saya bukanlah orang yang tidak boleh ditegur atau orang yang akan bertegang urat, menegakkan benang yang basah bila ada yang rasa tidak kena dengan tindakan dan tutur saya. Adakalanya saya rasa tersilap langkah juga bila terlampau akur dengan pandangan yang rakan-rakan berikan sehingga ada yang memandang rendah pada saya. Disebabkan saya selalu saja menghormati pandangan mereka dan mengakui kejahilan saya, maka mereka rasa saya tidak tahu apa-apa. Akibatnya, bila saya mencadangkan sesuatu atau menceritakan pengalaman semuanya direndah-rendahkan. Mereka mendabik dada, ‘Ah,aku lebih tahu’.

Kadang-kadang saya sendiri tidak tahu bagaimana mahu berhadapan dengan golongan C ini. Bukanlah perilaku mereka tidak baik tapi sampai satu masa mereka suka benar memperkecilkan saya, seolah-olah saya tidak tahu apa-apa. Termasuklah soal rumah tangga, kadang-kadang nasihatnya seolah-olah mereka sudah bertahun-tahun berumah tangga. Saya dikecilkan-kecilkan, sedangkan yang masih bujang itu mereka, bukannya saya. Melihat dari luar tidak akan sama dengan merasainya dari dalam. Rasionaliti tidak sama dengan reality, dan apa yang mereka canangkan terlalu ideal, nampak sangat bercakap berdasarkan “rasa-rasa” sahaja. Bukan pengalaman. Pun begitu, saya tetap juga di sangkanya bodoh walhal diri sendiri..(...).

Saya teringat pada peristiwa ketika saya menyatakan hasrat mahu menggugurkan subjek yang sedang saya ambil oleh kerana saya rasa tidak mampu membawanya pada semester itu. Saya tidak mahu mengambil risiko untuk mengulang subjek yang sebenarnya bukanlah subjek wajib. Golongan C benar-benar menghentam saya, kononnya saya ini tidak bijak membuat keputusan dan lebih mementingkan ‘gred’ daripada ilmu. Saya diam tapi tetap juga dengan keputusan saya, cumanya hati saya sakit dihentam sebegitu di depan rakan yang lain. Tapi Allah itu adil, ketika sem berada di penghujungnya, mereka pula yang menggugurkan subjek itu. Alasannya sama seperti saya.

Ada juga yang melarang saya yang kononnya terlampau menunjuk kemesraan antara saya dan suami di khalayak ramai. Saya terdiam seketika bila di datangkan dengan hujah bernas. Rasa tidak senang tapi saya akur kerana apa yang dikatakan itu benar. Sekali lagi, Allah itu adil, lain pula jadinya bila dia berumah tangga, semuanya tidak apa. “Exposure”nya lebih dari saya. Saya garu kepala, apa hujah itu hanya berjalan ke atas saya?

Saya tidak melarang kita menegur kesilapan orang lain, tapi harus di pahatkan di dalam kepala supaya tidak berlebih-lebihan sehingga melanggar batas, tidak menghormati orang lain dan tidak pula menjaga aib.

Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Al-Hujuraat, Ayat 11

Bagi sesiapa yang berhujah keras dengan mengatakan segala yang dilakukannya adalah wajib, aib tidak mengapa di buka jika bertujuan dakwah. Ingin saya ingatkan, membuka aib itu dibenarkan hanya dalam beberapa keadaan. Bukan sesuka hati dan sesuka nafsu. Dan ingin saya tambahkan di sini, setiap perkataan yang dilontarkan akan menjadi ujian ke atas kita nanti. Jangan sampai satu masa, jadi seperti ketam yang mengajar anak berjalan.

Saya tidak mahu terlampau berkecil hati dengan meraka, makanya saya menjarakkan diri. Pada saya adalah lebih baik saya membataskan perbualan saya dengan mereka, tidak perlu memberi ruang untuk mereka menghakimi dan menunjuk pandai di hadapan saya. Apa-apa pun semoga Allah membantu saya untuk terus bersabar dan menunjukkan kepada saya jalan keluar yang terbaik. Ameen

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya.

p/s: Golongan C? Oh, itu gred mereka yang saya beri untuk ‘communication skill’.


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

4 comments:

  1. aku x termasuk dlm golongan 'C' kn???

    seingat aku, aku la yg dulu yg nk drop subject tu dr ko. hahaha. kre lg kuat smgt ko dr aku la.


    p/s: dah lame nk tanya soalan ni. tp asyik lpe. nnt nk bg nme anak 'widad jannati' ke?? sbb aku teringat yg ko kate nme sweet, n ko pnh kate nk bg nme ank ko dgn nme ni. yela time tu kp ckp b4 kwin, skrg dh nk beranak tu sje nk tau. hehehe

    ReplyDelete
  2. Salam

    Ada jugak, kadang-kadang...
    Biasa la manusia biasa...hahahahaha :D

    Oh, anak pertama ni aku letak nama lain..
    Naper, ko nak guna ke nama tu?
    Nm tu mmg sweet pun.. :)

    ReplyDelete
  3. ape maksud ko ada jugak? mksudnya ko nk ckp aku ni golongan C la ye????

    setahu aku aku x pnh nk menghentam ko n pdhal aku yg dulu nk drop subject tu..

    ohh name tu aku xgen as i'm not preggy yet.

    ReplyDelete
  4. Niza2...psl drop subjek tu contoh je la..
    Ko mmg la bkn slalunya Golongan C...
    Cuma dlm FB jer..kadang2 kurang sensitiviti..
    Tp ye la...sumer org pun wat slap..
    Aku pun pernah jd Golongan C..
    Lumrah..

    InsyaAllah...kalo ada rezki...x lama lg..ko pregnant la.. Ameen..

    ReplyDelete

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...