Thursday, June 30, 2011

Gadai Pegangan

Salam

Amaran RasulAllah

Umat-umat lain akan meratah dan memamah kamu sebagaimana orang yang mengelilingi hidangan makanan meratah makanan. Lalu seorang sahabat bertanya, “Adakah bilangan kita sedikit pada waktu itu wahai RasulAllah?” Jawab RasulAllah, “Kamu ramai tetapi laksana buih banjir Allah mencabut kehebatan kamu dari hati musuh-musuh kamu dan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit al-Wahnu”. Lalu sahabat bertanya, “Apakah dia al-Wahnu itu, wahai RasulAllah?” Jawab RasulAllah, “Cintakan dunia dan benci kepada mati”.

Hari ini, umat Islam dilanda penyakit cintakan dunia dan bencikan mati. Ada ahli-ahli ilmu Islam yang sanggup menjual ilmu agamanya dengan pangkat dan kesenangan dunia. Mereka takut mengharamkan perkara yang diharamkan oleh AllahSWT, dan takut menyatakan perkara wajib pada perkara yang diwajibkan oleh Allah SWT.

Walaupun mereka bercakap dengan penuh semangat dan berbuih-buih mulut di televisyen, radio, namun mereka takut menyatakan arak, judi, Riba dan konsert nyanyian yang bercampur gaul lelaki dan perempuan adalah haram, sebagaimana mereka takut berkata Negara Islam wajib ditegakkan dan hukum Allah SWT wajib dilaksanakan.

Ini satu fenomena biasa yang saya lihat kebelakangn ini. Semakin ramai orang yang menggunakan ilmu mereka untuk mencari alasan kepada sesuatu kejahilan dan kerosakkan. Mereka memutar belitkan fakta dan mengelirukan masyarakat dengan pengetahuan mereka. Tambah menyedihkan mereka ini bukanlah golongan biasa-biasa, mereka ini tinggi pendidikannya dan dalam ilmu agamanya. Saya kecewa dan kadang-kadang timbul perasaan gerun dengan apa yang mereka lakukan. Tidakkah mereka takut akan balasan Allah terhadap mereka yang menyeleweng ilmu?

Dada akhbar menjadi medium mereka mengutarakan pendapat yang ingkar, ingkar pada perintah dan suruhan Allah demi sebuah kehidupan yang sementara di dunia. Saya geleng kepala, bagaimana boleh dia tergamak meluahkan kata-kata sebegitu sedangkan dia tahu apa yang dia katakan itu akan dihisab oleh Allah. Dihisab kerana mengeluarkan kata-kata sebegitu dan kemudiannya dihisab pula pada mereka yang membacanya dan mempercayainya. Ya Allah, bertali rantai dosa yang dilakukan. Semalam saya tersentak melihat statement panas ustaz saya, sedih rasanya hati saya bila melihat dia turut juga menggadaikan pegangannya selama ini. Nauzubillahimzalik, semoga kita semua dijauhkan dari ujian yang terlalu cintakan dunia dan terlampau mencari-cari kesenangan dunia.

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang kafir sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik (derhaka).

Surah An-Nuur, Ayat 55

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya.

p/s: Perenggan 1 dan 2 dipetik dari buku ‘Meniti Kehidupan Insan’. (Himpunan khubah Jumaat yang disampaikan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang)



Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...