Friday, December 17, 2010

Shawl Labuh?

Salam

Setelah berkira-kira dan menimbang-nimbang dari semua aspek dan sudut, akhirnya saya membuka satu blog khas untuk menerbitkan novel pertama saya- Doa yang Membelah Langit ke Tujuh. Ini percubaan pertama saya dan bila melihatkan sokongan yang tak berbelah bagi dari rakan-rakan (Nurul, Irine dan Ertyqa) dan penasihat ulung (En Suami Tersayang) saya tercari-cari cara bagi memudahkan bacaan mereka dan blog khas adalah hasilnya. Semoga dengan terciptanya blog itu maka mudahlah mereka mengikuti novel bersiri itu.

Sem baru dah pun bermula, azam saya pada kali ini sama seperti sem-sem yang lepas. Untuk berusaha dengan lebih gigih. Bezanya kali ini saya mahu lebih teratur, sem lepas sungguh mengelam kabutkan kehidupan saya. Pelbagai perkara saya ketinggalan kerana lupa dan tidak susun jadual dengan baik. Mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku, saya membeli sebuah planner. Planner nipis bersaiz buku rampaian supaya mudah saya bawa ke mana-mana. Belum pun lagi masuk tahun baru, saya sudah pun memulakan aturan perancangan untuk tahun hadapan. Semoga diberkati Allah hendaknya.

Tidak lama lagi saya akan menghadiri Majlis Makan Malam MZH Group. Saya teruja sebenarnya, ini kali pertama menghadiri dinner rasmi bersama suami. Baju sudah pun siap di tempah tapi saya masih belum mempunyai tudung untuk digayakan bersama. Sedikit buntu sebenarnya, saya teringin benar menggayakan Shawl bersama pin-pin comel tapi kebanyakkan Shawl tidak menutupi dada (atau mungkin belum digayakan dengan cara menutupi dada). Saya kebingungan. Mahu kelihatan comel, cantik dan anggun tapi tidak sanggup menggadaikan identiti muslimah yang saya bawa (sila buat tak endah dengan statement ini!). Masih tidak ada idea. Mungkin patut redha je, memakai tudung biasa. Atau mungkin cari alternatif selain Shawl, yang juga comel.

Oh ya, sem ini saya sangat sibuk. Jadual sangat ketat, dan masalah-masalah teknikal membuatkan saya berlari ke sana ke mari. Kalau terserempak dengan kawan-kawan sekali pun saya hannya mampu menegur singkat, bertambah buruk bila hanya mampu mengangkat keninng. Tertekan dengan minggu pertama sem, tapi Alhamdulillah..Allah tamatkan segalanya walau dalam payah. Saya sekarang boleh mengahdiri kelas sebagai student rasmi. Bukan lagi pendatang yang mencuba menagih simpati lecturer untuk menerima saya memasuki seksyen tersebut. Yippi! Baiklah, setelah berpenat lelah mendaftarkan diri, sekarang masa berpenat lelah study pula.

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya. Ameen.

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...