Friday, December 10, 2010

Happy Birthday Abang!

Salam

Selamat menyambut hari kelahiran yang ke 30 buat suami saya. Alhamdulillah, dalam limpah dan kurnia Allah, kami berkesempatan untuk meraikan hari bahagia bersama. Syukur. Ini kali pertama suami menyambut harijadi sebenarnya, semalam (9 Disember), dia kelihatan kaget bila melihat sebiji kek dan sekotak cupcakes elok terhidang di atas meja. Bertambah istime wa, bila mama sudi memasakkan Macaroni Bakar untuk melengkapkan majlis tersebut. 2 minggu lamanya, saya sedaya upaya menyembunyikan majlis ini daripada suami. Bila sudah bergelar isteri, ditambah lagi dengan tidak mempunyai pendapatan sendiri, sukar benar merancang 'surprise party'. Maklumlah, semua perbelanjaan sumbernya dari suami, jadi agak sukar bagi saya menjawab ke mana perginya duit yang dibelanjakan? Keadaan menjadi bertambah sukar bila mahu keluar untuk membuat tempahan, saya perlu meminta keizinan suami. Menambah kesukaran bila suami tidak pernah mahu berenggang. Ke mana sahaja saya melangkah, dia mahu menuruti. Alhamdulillah, Allah bukakan kesempatan untuk saya pergi seorang diri dan Alhamdulillah juga bila majlis kejutan ini berjalan lancar dan benar-benar mengejutkan suami saya.



Buat suami tercinta.

Ke mana sahaja abang melangkah, semoga Allah iringkannya dengan barakah. Tiap baris ucapan dan pengisian yang abang kongsikan, semoga manfaatnya berpanjangan. Bila rasa resah dan payah mula menjengah, mohon Allah permudah. Semoga kehidupan abang dilimpahi kasih sayang daripada Allah SWT, yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Moga kehidupan kita dilimpahi mawaddah dan rahmah, bertambah seri dengan mujahid dan mujahidah solehah. Mohon ampun andai ada kesilapan yang menyinggung, atau kata-kata tak kenal masa dan ada ketika membawa luka. Sesungguhnya cinta yang mendulangkan setia, InsyaAllah disajikan bukan hanya di dunia tapi juga di akhirat yang kekal selamanya.

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangakan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya.

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...