Thursday, December 23, 2010

Setinggi Impian

Salam

Banyak sebenarnya berita yang ingin saya sampaikan namun masa begitu pantas berlari menginggalkan saya. Tidak terkejar di buatnya. Kadang-kadang saya tercungap, tak mampu menyayingi masa yang tidak pernah mahu menunggu sesiapa. Tapi tetap juga ada ketika yang saya benar-benar berharap masa berlalu dengan lebih pantas, enggan menikmati nikmat yang tidak jelas kelihatan. Saya yang tidak tahu erti syukur. Bila ia memecut laju, saya pinta diperlahankan. Tika mana ia merangkak pergi, saya doa biar pantas berlari. Tidak bersyukur sungguh! Semoga Allah ampunkan saya.

Selepas satu doa termakbul, makanya saya terus memanjatkan doa agar doa-doa lain turut termakbul. Kali ini saya benar-benar mahukan doa saya termakbul. Tidak mahu tersungkur setelah tinggi benar harapan yang di gantung. Kalau kecewa jawapannya, maka saya tetap juga akan menerima. Redha dalam linangan air mata. Bukan menolak takdir tapi bersedih sementara membina kembali kekuatan untuk meneruskan usaha dan memanjatkan doa kepada sang Pencipta.

Andai doa itu sudah terjawab, maka saya panjatkan kesyukuran pada Allah. Sesungguhnya keindahan itu suatu yang saya nantikan. Mohon para sahabat turut meng'amin'kan doa saya. Doa ini dan doa ke atas doa-doa yang lain.

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya.

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

1 comment:

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...