Sunday, November 28, 2010

Bertali Arus

Salam

Banyak sebenarnya yang ingin saya coretkan. Letak saja jari pada keyboard, berlari-lari idea datang. Bagai diseru-seru. Akibatnya, saya sendiri keliru apa yang perlu saya coretkan dahulu. OK, mari kita bercerita satu persatu. Isu pertama adalah mengenai blog. Kalau ada yang perasan, bahagian atas (betul-betul di bawah header) blog saya, dah pun saya tambahkan independent pages. Saya pada asalnya nak buat Sticky Post je, tapi memandangkan post untuk kutipan derma terlampau panjang dan kegagalan saya mendalami ilmu membuat sticky post, maka terjadilah independent pages untuk blog ini. Bila saya fikirkan kembali, OK juga. Begini lebih nampak professional dan lebih sesuai untuk tujuan kutipan derma jangka panjang.

Semalam saya menyatakan sedikit kekecewaan pada suami tentang kutipan derma yang langsung tidak mendapat sambutan. Sangka saya, bila sudah dipromosikan di Facebook dan Blogger maka kutipannya berjalan lancar. Tapi sangkaan saya sama sekali meleset. Saya langsung tidak mendapat sebarang respond mengenai derma tersebut. Mungkin belum ada hati yang terbuka dan mungkin juga masing-masing dalam kesempitan. Tapi yang penting, ini tarbiah buat saya. Melakukan sesuatu kebaikkan bukan benda mudah, usahanya tidak harus dipandang remeh. Jangan berusaha sedikit dan mengharap rezeki datang bergolek. Inilah yang orang kata tiada jalan mudah dalam berdakwah. Saya baru memulakan satu langkah, satu langkah yang kecil.

Semalam juga kami ke Midvalley, kata suami sengaja dia mahu membawa saya berjalan-jalan. Seronok saya hari tu, berkali-kali suami mengomel, menyuruh saya memimpin tangannnya. Jangan syok sendiri tinggalkan suami entah ke mana. :p Setiap kali suami merungut, setiap kali itu juga saya menyambut tangannya. Dan kami melangkah penuh kebahagiaan di Midvalley. Tapi satu perkara yang saya perasan, berada di situ seperti menarik perhatian terlampau ramai orang. Saya menyatakan kejanggalan itu pada suami dan dia bersetuju. Akhirnya suami membuat kesimpulan, kami diperhatikan kerana penampilan kami. Munkin remaja-remaja di sana hairan melihat seorang ustaz berkopiah bersosial bersama isterinya yang bertudung labuh di Midvalley. Biarlah, saya mahu membuktikan pada mereka. Menjadikan Islam sebagai gaya hidup tidak mengekang kita daripada berseronok. Selagi ianya tidak melanggar batas agama dan berserdahana maka tidak mengapa. In fact, kalau mengikut Islam, hati pun tenang. Tidaklah rasa gusar tidak tentu hala sehingga perlu mencari keseronokkan yang berpanjangan dan tidak berpenghujung.

Kami ke MPH, berjalan-jalan sambil browse buku-buku yang kini di pasaran. Ini memang aktiviti wajib saya dan suami. Asal saja ke shopping mall, maka kami akan memperuntukkan masa ke kedai buku. Mencari bahan bacaan yang berjaya menambat hati untuk dibeli. Membaca kan budaya ilmu :) Saya terpandang buku-buku yang ditulis penulis yang sedang menginjak nama. Penulis-penulis yang membuat percubaan untuk mendapatkan tempat di bidang penulisan. Saya memberitahu suami, 'kalau saya publish buku mesti macam ini juga. Orang ramai lalu dan akan pandang buku saya dengan perasaan ragu. Bermutu atau tidak cerita yang saya tulis'. Makanya suami saya mencadangkan agar saya bermula dengan menerbitkan siri karya saya di blog terlebih dahulu. Bila sudah ada pembaca setia, saya pun sudah perbaiki beberapa kelemahan, barulah mula menghubungi publisher. Langkah pertama telah saya ambil. Berdebar-debar hati ini untuk melihat sejauh mana percubaan pertama itu berhasil. Berjaya atau tidak itu adat. Seperti kata Ayah Mertua saya, kalau mahukan kejayaan, jangan takut pada risiko.

Kalau mengikut perancangan, esok saya dan keluarga akan meluang masa bersama. InsyaAllah. Berkelah di Ulu Yam. Jujur saya katakan, saya memang teruja dengan rancangan Dalila. Lama rasanya tidak meluang masa seperti ini bersama family. Kalau nak diikutkan, suami selalu saja membawa saya ke tempat-tempat rekreasi untuk beriadah, tapi beriadah bersama family tentu sahaja mempunyai sentimental value yang berlainan. Lebih-lebih mengenangkan masa saya di Kuala Lumpur yanng semakin berkurangan. Saya perlu mengikut langkah suami, perancangan untuk membina kehidupan di Terengganu selepas dia menamatkan PhD nya. Ada rasa bimbang yang terselit di hati saya. Apa-apa pun saya serahkannya pada Allah. Dia tentu tahu apa yang terbaik untuk saya :)

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya.

p/s: Mesti pelik dengan tajuk post saya. Apa yang bertali arus? Idea saya sebenarnya :p

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

2 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Terasa lapang bila baca post awak ni. Sejujurnya, awak memang ada bakat menulis. Bakat dah ada, tinggal mengasahnya sahaja untuk jadi lebih mantap. Betul kata suami, mulakan dengan blog, bila awak ada pembaca yang boleh mengkritik penulisan awak, dari situ awak boleh belajar memperbaiki penulisan awak. Jangan takut memulakan sesuatu. Bukankah kejayaan itu bermula dengan langkah pertama dan seterusnya?:P

    Saya baru perasan segment derma. Bagus dan terpuji. Teruskan usaha murni. Dalam hidup ini, jika kita berniat baik, walau sekecil usaha sekalipun, ia pasti diberi ganjaran oleh Allah SWT.

    Ok, salam ukhuwah.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam wbt :)

    Terima kasih atas semangat yang dititipkan. Harapnya awak akan menjadi salah seorang pengkritik setia dalam masa saya mengasah bakat itu. ;p

    InsyaAllah, langkah kaki ini, biar payah akan tetap jua terus gigih berdiri. Doakan selalu. Boleh saya dapatkan url hatipari? Utk tujuan kenal-kenalan :)

    Salam Ukhuwah (^_-)

    ReplyDelete

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...