Tuesday, October 12, 2010

Tanggungjawab 2 in 1

Salam

Sebetulnya saya tidak pernah sepenat ini. Tekanan memenuhi semua tuntutan sebagai seorang pelajar begitu menekan di saat peperikasaan akhir sem hanya tinggal 2 minggu saja lagi. Bila masa tinggal begitu suntuk, barulah lecturer mahu mengedarkan final project. Saya rasa sakit hati, polisi apakah ini? Mahu membantu pelajar atau sebaliknya. Saya cuba mengawal kadar hembusan nafas yang kedengaran agak kasar, terlalu beremosi. Saya lihat mereka di sekeliling saya juga mengalami perkara yang sama. Tarik nafas sedalamnya, dan hembus. Semoga Allah memberi ketenangan dan kesenangan dalam setiap urusan.

Kalau dulu tidur jam 2 atau 3 pagi tidak menjadi masalah untuk saya, tapi semenjak bergelar isteri, impaknya agar besar. Saya kehilangan salah satu waktu berkualiti untuk saya dan suami. Malahan kepenatan yang dirasai pun berganda berbanding ketika saya masih single. Saya sebolehnya mencari peluang untuk saya dan suami bergurau senda dan meluang masa. Mana tidaknya, suami akan bergegas ke pejabat jam 7.50am dan tiba di rumah jam 6.00pm. Kalau ada jemputan untuk mengajar di masjid, dia akan bertolak kesana jam 7.00pm dan akan pulang jam 9.30pm. Sampai saja ke rumah, dia kepenatan. Saya pula sudah sibuk menyudahkan assignment mahupun melakukan kerja-kerja rumah yang terbengkalai memandangkan saya berada di UIA sepanjang hari.

Saya tidak mahu memanjangkan hal ini. Mahu berbakti kepada suami sebaik mungkin walaupun saya tahu, masih ada kelemahan-kelemahan yang perlu saya perbaiki. Saya mahu hidup bersama suami dunia dan akhirat. Mahu jadi bidadarinya di' sana' nanti. InsyaAllah.

Untuk orang-orang yang bertakwa , pada sisi Tuhan mereka ada surga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai; mereka kekal didalamnya. Dan isteri-isteri yang disucikan serta keridhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.

Surah Al-Imran, Ayat 15

Saya buat pertama kalinya menerima 1 surat amaran pertama kerana tidak hadir ke kelas, selama saya bergelar pelajar. Saya diam. Terfikir-fikir ke mana perginya MC yang saya berikan kepada lecturer. Namun surat itu saya abaikan, selagi saya tidak di barred daripada exam maka tidak perlu saya panik tidak tentu hala. Saya akui ada di antara ketidakhadiran saya adalah kerana kesibukkan yang tidak mampu saya tangani. Maka saya terpaksa mengorbankan satu subjek untuk memberikan komitmen pada subjek yang lain. Dan kerana subjek ICT, saya anggap 'lebih mudah' berbanding subjek lain, makanya subjek ini sering jadi mangsa. Saya tidak menyalahkan mahupun mengambil hati dengan tindakan lecturer saya, dia hanya menjalankan tugas, Dan kalau ada pun yang bersalah, maka saya lah yang harus dipersalahkan.

"Rasanya blog saya semakin tidak Islamik", saya menyuarakannya kepada suami. Dia tersenyum. "Tulislah tentang pemahaman dan pendapat-pendapat awak". Saya memang mahu menulis sesuatu yang memberi manfaat buat semua, tidak mahu blog ini wujud sia-sia. At least, ada juga yang saya sampaikan yang memberi manfaat, pengajaran mahupun ilmu buat orang lain. InsyaAllah, saya akan menulis yang lebih serius dan berisi selepas ini. Selepas masa mengizinkan kerana menulis sesuatu yang ilmiah dan bermanfaat, memerlukan masa. Tidak mahu hasilnya nanti seperti melepaskan batok di tangga.

Semoga Allah menepatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya.

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

2 comments:

  1. Salam

    Kena ker tulis psl awk?
    Tak best la post sye kalo tulis psl awk..
    Hahahahahahahaha :D

    ReplyDelete

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...