Wednesday, October 13, 2010

Parahnya Emosi

Salam

Sejauh mana sebenarnya kita mampu menahan kecewa. Hari ini, 3 kali saya dikecewakan. Bukan saya tidak bersabar, tapi sungguh, saya manusia biasa yang kesabarannya ada keterbatasan. Dan hari ini, setelah dihitung-hitung, sabar saya melepasi garisan untuk ketiga-tiga insan itu. Sudah sampai garis sempadan di mana saya tidak mampu lagi tersenyum buat tidak tahu, bila A dengan sewenang-wenangnya menggunakan saya. Tidak boleh lagi saya ketawa buat tidak kisah, dengan sikap B yang sesuka hatinya bila mahu menyindir dan menyakitkan hati tak menentu. Dan C, sedih sungguh saya bila ditolak berkali-kali. Terasa keinginan yang membara dihapuskan dengan air salju yang sejuk membeku. Saya mahu membawa hati dan menyuruhnya berhenti, tapi saya tahu, esoknya saya juga yang akan menagih semula. Dan C, tidak akan merasa apa-apa. Kerana saya bagai bola yang melantun, biar dilontar jauh hingga terhentak melanggar batu, ia pasti melantun kembali ke tangan C. Sadis bukan. Untuk C, saya lah bola yang sentiasa melantun, dan akan terus melantun selagi kamu mahu saya melantun. Untuk A dan B, kalau kamu tidak mahu saya bermukim di hati, maka begitu juga saya. Noktah. Habis bicara.

Beralih kisah. Kurang emosi, lebih santai

Hari ini sepatutnya saya daftar subjek untuk sem depan tapi sekali lagi rezeki tidak menyebelahi. Saya geram, setiap kali mahu daftar, masalah sebegini juga yang timbul. Tidak ada carakah mahu mengatasi masalah begini di UIA. Cakap senang lah, mereka yang disebalik meja juga yang perlu bertungkus lumus memikirkannya. Tapi apa salahnya kan? Jika tak mahu, kenapa duduk di balik meja? Sebetulnya duduklah di bawah meja, tidak perlu pikul apa-apa tanggungjawab. Bila ada persoalan yang ditanya, marahkan saja, tidak pun suruh berjumpa dengan meja sebelah, yang juga duduk di bawah meja. Mana lah kita nak tahu, bukankah tadi duduk di bawah meja. Dan kronologinya akan terus menerus sehingga lah sudah penat bertanya. Jadi kita biarkan saja.

Maaf emosi lagi. Baik, kali ini janji, kurang emosi dan lebih santai.

........(tiada kata untuk sesuatu yang tidak beremosi).........

Maaf, hari ini terlampau banyak perkara yang berlaku. Mata saya bengkak, tak cukup tidur dan terlebih nangis. Mungkin saya perlukan tidur untuk re-energize. Jadi, penulisan lagha ini sampai disini sahaja. Di akhiri dengan satu ingatan untuk kita semua, saya khususnya.

Tentang sabar:

Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu , sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (Al Baqarah, 153)

Tentang ujian:

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan . Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. (Al Anbiyaa', 35)

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamanNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya.

p/s: Post pertama emotional. Bagi can la yer.
Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

2 comments:

  1. saya rasa.. si C tu sayang kat awak.. dia nk main ngan awak.. sbb tu dia lantun2 awak.. alaa.. main lambung2..

    ReplyDelete
  2. Salam

    Sye tak suka main lambung2... Dia tak tahu ker? Nyampah... -_-

    ReplyDelete

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...