Saturday, October 23, 2010

Menulis dari Hati

Salam

Semenjak dua menjak ini saya tidak punya mood untuk menulis, idea datang mencurah-curah, tapi bila mahu disemadikan dalam bentuk penulisan terasa seperti berat. Tidak ada lagi kejadian yang membangkitkan keinginan untuk saya menulis.

Tak lama saja lagi, exam akan berlangsung. Tinggal satu minggu untuk semua lecturer memberikan kata-kata penutup untuk sem ini. Mungkin sedikit ilmu tambahan atau klu-klu yang tidak jelas. Selama tiga tahun saya di UIA, belum pernah lagi lecturer memberikan tips. Bila di tanya tentang soalan yang bakal keluar, mudah mereka menjawab ‘all of the chapters’ atau ‘read all’.

Jadual saya bermula lambat, 7 Nov barulah ianya bermula dengan Decision Science sebagai mukaddimah, dan diakhiri pada 13 Nov dengan subjek ICT. Tamatnya sem 1 2010/2011. Sem pertama yang saya lalui sepenuhnya sebagai seorang isteri. Teringat pada sem lepas, sem yang penuh dengan kisah suka dan duka. Kisah saya menyiapkan diri untuk menuju ke alam perkahwinan, dan diakhirnya, di waktu semua orang bertungkus lumus bersiap sedia untuk peperiksaan, saya mendirikan rumah tangga. Bayangkanlah, seminggu selepas itu, saya ke dewan peperiksaan untuk menjawab satu lagi paper yang berbaki.

Kelmarin saya sangat merindui seorang teman yang saya kenali di IIC. Tempoh perkenalan tidak lah lama tapi saya sangat menyukai peribadinya. Jie, nama panggilan dia. Kesilapan saya, nama penuhnya dan tempat dia tinggal saya tidak tahu. Sungguh, saya menyesal dengan kealpaan itu. Saya mencari dia di Friendster, kerana di situlah saya seringkali berhubung dengan dia tapi malangnya, akaun Friendster dia kelihatan tidak lagi aktif. Pelbagai perkara bermain di fikiran saya, lebih-lebih lagi bila rindu ini datang secara tiba-tiba dan mendadak. Tapi pencarian semalam dan hari ini hampa,, esok saya akan mencuba lagi, bertanya dengan teman-teman yang lain.

Kebetulan saya membuka akaun Friendster, saya terlihat blog saya. Saya senyum sendiri. Writing has always been my passion. Saya merasakan saya baru sahaja terjun dalam penulisan di blog, tapi saya sendiri terlupa. Sebenarnya penglibatan itu telah pun bermula seawal 2005 lagi. Mungkin tema dan gaya penulisannya berlainan tapi setiap kisah yang saya ceritakan buat saya tersenyum. Betapa kanak-kanaknya saya dulu. (Sekarang dah dewasa ke?). Apa-apa pun, saya mahu terus menerus menulis, dan dari masa ke semasa mahu mengasah bakat dalam bidang penulisan. Mahu menyambut seru suami yang tidak putus memberikan saya semangat untuk serius dalam penulisan cerpen dan novel. Mungkin bidang ini boleh saya jadikan medan dakwah (ececeh..;p). Siapa tahu? Tidak salahkan mencuba?

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya.

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...