Monday, August 16, 2010

Kasih Seorang Kekasih

Salam

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat suami saya yang sangat mengambil berat tentang kesihatan saya. Keadaan kesihatan yang tak menentu banyak menyukarkan saya, lebih-lebih lagi untuk melakukan rutin harian. Tidak lah terlantar sakit di katil, tapi boleh la buat saya berdiam diri dan duduk berehat dua hingga tiga jam. Tanggungjawab saya pada suami tidak sempurna, maaf saya pohon.

Hari ini rasa sakit itu menyengat hingga ke pinggang, saya menolak untuk turun bersahur bersama keluarga. Rasa ngantuk yang amat sangat, maklum la, semalaman tidur terganggu. Tidak selesa dengan rasa sakit tersebut, mengiring ke kiri tak kurang, ke kanan tak hilang. Telentang pun tak juga rasa tenang. Akhirnya saya abaikan saja rasa sakit tersebut, berusaha keras pejam mata supaya terlena. Selesai sahur, suami saya menjengulkan kepala bersama Jus Mangga. Khas untuk saya bersahur. Sebak rasa melihat kegigihan beliau menjaga saya, mahukan saya bertenaga. Takut-takut nanti tak mampu ke kuliah yang bermula pukul 8.30am dan berakhir pada pukul 3.30pm.

Ya Allah, saya bermohon agar permudahkan segalanya. Berikan keberkatan kepada kami sekeluarga dan makbulkanlah doa-doa kami. Doa yang tidak pernah putus meminta kasih sayang dan rahmatnu. Setiap kali melihat suami menadah tangan sebelum berbuka, saya cepat-cepat mengaminkan doanya, mahu segala yang dia pinta diperkenankan Allah. Bila saya tanya tentang doanya, ringkas dia menjawab, 'saya berdoa untuk awak.' Suamiku.

Kata seorang teman, doa yang mustajab adalah doa orang yang berpuasa dan biarlah ianya dilakukan sebelum berbuka dan sebelum bersahur. Lebih afdhal. Dia ada juga menambah, doa isteri kepada suami dan sebaliknya juga cukup mustajab. Saya mengangguk tatkala dia sibuk, mengingatkan saya agar berdoa tentang kesembuhan saya. Sudah lelah melihat wajah saya yang pucat berlegar-legar di fakulti katanya. InsyaAllah teman, Ramadhan sentiasa menjanjikan keberkatan, semoga kita tidak pernah putus mencarinya.

Selamat menyambut Ramadah kepada semua, semoga ianya membawa keberkatan. semoga kita di bawah redha Illahi, di beri keteguhan Iman, kesihatan tubuh badan dan kebahagiaan yang berterusan hingga ke dunia yang kekal selamanya. InsyaAllah.

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaahNya.



Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

2 comments:

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...