Friday, August 13, 2010

Ramadhan Oh Ramadhan

Salam

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah, saya masih berkesempatan menjalani ibadah puasa. Satu-satunya bulan yang saya sibuk mahu melakukan ibadat-ibadat sunat. Entah bila mahu berubah, saya sendiiri tidak pasti, tidak ada masa dan malas sentiasa jadi alasan. Ya Allah, gerakkan hati ini ke arahMu, basahkan jiwa ini dengan rasa cinta yang tak mampu dikekang oleh rasa malas atau kesibukan.

Ramadhan kali ini berbeza. Ini kali pertama saya berpuasa sebagai seorang isteri. Kegembiraan menyambut Ramadhan terasa lebih berbunga-bunga. Pelbagai aktiviti saya rancangkan, bersahur, solat Dhuha, berbuka, tadarus dan terawih. Dan tentulah sebagai perempuan biasa, rancangan mahu membeli belah itu ada. Istimewanya kali ini, saya mahu mencari pakaian yang sedondon, mahu sentiasa terlihat sebagai pasangan ideal.

Ramadhan pertama ternyata datang dengan cabaran baru. Sedikit dahaga datang menjentik nafsu, lebih-lebih lagi kedudukan kelas yang memerlukan saya berjalan kaki 10 minit lamanya. Ditambah dengan keadaan kesihatan yang tidak berapa baik, termengah-mengah saya dibuatnya, mengalahkan keadaan seorang teman yang sedang mengandungkan anak pertamanya. Sentiasa nampak bersemangat. Maklumlah, berkobar-kobar dengan semangat keibuan, tidak seperti saya yang tersengguk-sengguk menahan ngantuk.

Ramadhan yang lalu kekal dalam ingatan, saya dan teman-teman berbuka bersama-sama. Gelak tawa bersatu, kadang kami bertukar rasa, mencuit makanan satu sama lain. Saya merancang untuk mengulang kenangan lalu walaupun sekarang sedang leka mencipta kenangan baru. InsyaAllah, ada kelapangan saya akan mengunjungi mereka, gelak tawa bersama di mahallah yang penuh dengan kenangan indah.

Ramadhan kali ini, harapnya membawa seribu keberkatan, menghapuskan dosa, membemtuk insan yang lebih sempurna dan mengabulkan doa yang masih bersisa. Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaahNya.

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...