Wednesday, March 24, 2010

Hijrah-Hanya Allah Saja Yang Tahu

Salam.

Surah Al-Baqarah, Ayat 212.


Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas.


Kehidupan, berubah dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain. Dan saya sedang mengalaminya. Melakukan perubahan yang saya kira membawa kepada kebaikkan.

Dah lama sebenarnya saya mahu membuat satu lagi blog yang lebih serious, lebih berilmiah cumanya saya tak pasti bila patut saya bermula. Kita selalu dengar orang kata yang, tidak elok melambat-lambatkan benda yang baik. Ya, saya tahu tentang itu. Cumanya saya merasakan kemunculan blog ini juga datang bersama tanggungjawab yang baru. Jadi, kalau benar saya ingin ke bidang penulisan yang lebih serious, sanggupkah saya meninggalkan penulisan saya yang penuh dengan lagha sebelum ini? Saya rasa tak sesuai mempunyai dua blog yang sangat berbeza, isinya bertentangan, semacam tidak kena, tidak masuk, kata orang.

Segala-galanya bermula ketika saya bertemu dengan kekasih hati, yang mendorong saya berubah ke arah kebaikkan. Yang sering kali mengingatkan saya untuk melakukan aktiviti yang berfaedah, menjaga ibadat dan berdoa. Nasihatnya tidak pernah kenal erti putus asa. Dia mahukan yang terbaik dalam apa jua yang saya lakukan. Daripadanya, saya bukan sahaja mengenal erti cinta, tapi juga kehidupan.

Saya berkira-kira sendiri, post yang pertama saya tulis ini bila akan diterbitkan? Saya sendiri tak pasti, mungkin selepas saya mendirikan rumah tangga, atau mungkin lebih awal. Siapa tahu. Allah sahaja penentunya. Saya mahu ianya diterbitkan secara natural, tiada paksaan dalam penerbitannya, saya mahu ianya diterbitkan tatkala saya benar-benar bersedia untuk melakukan perubahan ini.

Dah lama saya bermuhasabah, mahu berubah dari segala segi. Bermula dengan peribadi, cara pemikiran, pakaian dan kehidupan itu sendiri. Saat memulakan langkah perubahan, ternyata mencabar, terutamanya yang berkaitan dengan ibadat. Benar, mahu menghuni syurga itu ada banyak caranya tapi ianya bukanlah mudah. Melawan hawa nafsu dan godaan syaitan, sehingga sekarang, saya masih seringkali tewas.

Saya mahu berubah menjadi orang yang punya pengertian hidup yang lebih jelas. Yang tahu ke mana arah hidupnya dan apa yang akan dia lakukan untuk agamanya.

Saya menulis post ini disaat saya masih belum bersedia lagi meninggalkan kehidupan saya yang lalu, disaat saya masih merasa sayang untuk tidak mencoretkan perkara-perkara ringan dan lagha yang berlaku dalam kehidupan saya. Saya masih belum kuat, saya memerlukan sandaran yang sebenarnya. Besar harapan saya pada perkahwinan yang saya impikan akan berlangsung pada bulan Mei nanti, mungkinkah akan terjadi atau tidak, itu pun masih tidak pasti. Saya mengambil perkahwinan itu sebagai satu peluang untuk saya menjadi insan yang baru. Menjadi wanita yang mempunyai suami yang soleh untuk saya taati, menjadi wanita yang menutup auratnya dengan lebih sempurna, menjadi wanita yang pemikirannya lebih matang, punya matlamat hidup dan sentiasa mencari redha Allah.

Itu yang saya mahu, mahu berubah kepada yang lebih baik dari hari ke hari. Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamanya. Yang sentiasa mencari keredhaannya. Ameen.

Saya sudahi bicara ini dengan Surah Al-Imran, Ayat 185

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

2 comments:

  1. Assalamualaikum, teringin bertanya pendapat jujur saudari. Andai ditakdirkan perkahwinan itu tidak kesampaian seperti yang dirancang, adakah saudari masih terus istiqamah dengan apa yang saudari lakukan ketika ini? Perkahwinan mungkin boleh menjadi medan untuk kita berubah ke arah kebaikan namun realitinya, ramai yang kecundang.

    ReplyDelete
  2. Salam

    talikasut...thanks for your concern...
    InsyaAllah...biar apa pun terjadi sye akn terus istiqamah...
    Sye sebenarnya sudah pun memulakan langkah perubahan...
    Walau tak banyak tapi biarlah berterusan...
    Harapan sye....tak kira dimana, dengan siapa atau bila...saya mahu terus berubah menjadi lebih baik..

    Sye meletakkan perkahwinan sebagai titik punca kerana kesukaran menempuhi pandangan manusia specifically Orang Islam yang lebih suka menghukum berbanding menyokong..
    Sye manusia biasa...sandaran itu ada...

    Doakan saya selalu...
    Semoga perubahan ini berterusan...biarpun impian tak jadi kenyataan...
    Tapi doakan juga perkahwinan ini menjadi.. (^_^)

    ReplyDelete

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...