Salam
Sebegitu tragik sekali tajuk posting kali ini..huhu. Aduh, lama sungguh tidak mengemaskini blog sehinggakan saat mahu menulis posting ini saya harus menyemak dahulu, apakah posting terakhir saya, apa yang saya ceritakan. Tak nak ter-cerita benda yang sama pula (selalu terjadi di alam realiti sehingga kawan-kawan bosan). Semenjak berpindah ke Terengganu, saya dan suami akhirnya membuat keputusan untuk membeli TV untuk ditonton anak. Dulu selama 6 tahun hidup di KL, memang kami tidak memiliki TV. Anak-anak hanya menonton TV di hung minggu, itu pun jika kami berkunjung ke rumah Mama (Mama Tok mereka). Saya dah terbiasa diterjah soalan, tak ada TV? Habis buat apa jer di rumah? Huhuhu. Jangan khuatir, kalau tak ada TV sebenarnya tersangat banyak aktiviti yang boleh dibuat. TV hanya mencuri masa kita, sedar tak sedar, berjam-jam sudah berlalu hasil dari bersimpuh depan TV, sudahnya banyak kerja yang tergendala. Berbalik kepada cerita asal. Jadi di Terengganu kami memiliki TV, tapi kami hanya melanggan siaran terhad Astro Njoi. Asalnya mahu melanggan Hypp TV tapi UniFi masih belum ada di kawasan kami duduki (ulu jer buni...huhu). Mahu melanggan Astro, kami dah dengar banyak sangat komen mengenai caj tersembunyi Astro, bil yang tiba-tiba meningkat dan sebagainya. Jadi kami membuat keputusan untuk mengambil Astro Njoi, bayaran sekali seumur hidup sahaja jadi tak ada peluang untuk ditipu disitu.
Astro Njoi ini siarannya hanya TV1, TV2, Tv3, NTV7, TV8, TV9 dan segala siaran TV basic yang ada. Jadi bayangkanlah betapa bosannya rancangan-rancangan dia. Ada la juga rancangan yang best tapi kebanyakannya bosan. Anak-anak pun tertekan, dapat tengok TV tapi tak ada cerita best. Jadinya saya pun mengdownloadlah segala cerita yang ada di Youtube. Maka penuhlah pendrive 16GB tu dengan macam-macam cerita. Saya dan suami pun terus melabelkan pendrive itu untuk anak-anak sahaja, maka mencarilah kami pendrive yang lain sebagai ganti. Nak dijadikan cerita, satu petang yang damai, ternampaklah macam ada ekspo, kami pun singgahlah. Pergi 2/3 buah kedai tapi semua bagitahu pendrive dah habis. Amboi, lau keras nampak. Yela, ekspo berhampiran dengan universiti, pendrive memanglah hot selling dikalangan student kan.. Jalan punya jalan sampailah ke satu kedai, bila ditanya ada pendrive ke tak terus dia jawab ada tapi yang 16GB sahaja. Tanpa membuang masa, ambil duit dalam handbag terus bayar. Pendrive, apalah yang nak tengok sangat...harga hampir sama saja disemua tempat dan jenama tak memainkan peranan sangat bagi saya. Ambil, bayar, masukkan dalam handbag dan pulang ke rumah dengan hingar bingar, jerit pekik terlolong anak-anak tak mahu balik lagi. Belum puas lagi berjalan di ekspo. Haish, tapi anak-anak ini jangan diikutkan sangat, kalau berjalan ke ekspo sehingga Subuh pun belum tentu mereka puas. Kalau ikutkan hati mereka, seharian berjalan ke ekspo, penat, dirikan khemah untuk tidur. Esoknya sambung berjalan lagi di ekspo sehinggalah ekspo tamat ya. Itu pun kita jangan balik dulu, orang-orang yang berniaga balik dulu barulah mereka rela hati untuk pulang.
Sambung balik....
Balik ke rumah, kita pun excited la (memang perangai macam ni setiap kali beli benda baru). Buka pendrive nak masukkan la segala khazanah dalam laptop pindah dalam pendrive. Buka-buka ada cerita hantu dalam (cerita Samsul Yusof tue, lupa dah tajuk cerita). Eh, bukan pendrive baru ke? Kita pun macam, biarlah.. Delete segala benda ada dalam pendrive tu dan masukkan dokumen kita dalam pemdrive baru tu dan hari pun berjalanlah seperti biasa. Al kisahnya seminggu lepas tu hari sukan anak-anak. Mak dan bapaknya bersiap siagalah, bersedia untuk menyorak anak-anak dan menangkan segala moment indah hari itu. DSLR yang dah lama tak pakai sehingga bedebu beg dia terus kami caj. Tangkap gambar dengan DSLR memang puas hati, gambar cantik, sharp dan tak bergoyang. Aksi anak berlari, masuk dalam gelung, di tarik dengan upih kelapa and etc. Seronok sangat. Kekecoh la Mama tunjuk pada Abi gambar cantik Mama tangkap. Hebat Mama. Terus fikir, nanti anak-anak besar dorang boleh tengok kenangan dorang di tadika. Begitu sekali harapan dan angan-angan. Balik rumah, dari DSLR kita pindahkan ke pendrive sebab nak muatnaik ke FB (Nak pindahkan ke pendrive kena guna laptop hubby sebab laptop I olls dah uzur, tak boleh nak baca SD Card). So kita pun cut and paste semua yang ada dalam SD Card masuk dalam pendrive. Half way through, keluar pop ups tak boleh nak pindahkan remaining 100 photos. Kita pun redha jer, bisik dalam hati, tak apa...upload yang ada jer dulu. Disebabkan hubby nak guna laptop dia, akak pun guna la laptop akak untuk upload dalam FB.
Tiba-tiba!!!!!!! Habis semua file dalam pendrive tu corrupted. Sakit tak hati? Apa lagi, panick la...macam-macam cara untuk recover, tanya pada kawan-kawan di FB semua tak menjadi. Try bukak gambar yang masih berbaki dalam DSLR, sedihnya...yang ada cuma gambar anak-anak orang lain jer, yang saya tolong tangkapkan. Gambar anak-anak saya semua dah dipindahkan dalam pendrive tak guna tu!! Sedih tau, betul-betul sedih. Suami pun cuba guna pendrive dia untuk transfer gamba lain, elok jer. Tapi segala dokumen yang masuk dlaam pendrive saya yang baru beli tu memang akan corrupt. Mula-mula masuk dia nampak okay jer tapi once pendrive tu kita cabut dan masukkan dalam laptop lain automatic semua dokumen dalam tu corrupt. Sakitnya hati. Sampai sekarang tau, apa-apa jenis dokumen pun...masuk dalam pendrive tu terus corrupt. Dah scan dengan Avast dan Kaspersky tapi tak menjadi. Mungkin antivirus dah outdated atau whatever tapi pendrive tu jahat! Orang yang jual pendrive tu lebih lagi jahat! Kalau jual preloved punya pendrive bagitahu la. Ini tak diam jer. Kalau jual pendrive preloved, bagi la harga murah sikit, ini tak jual juga dengan harga standard. Dan...sekali pun nak jual preloved, orang tak jual barang rosak...sekali pun benda tu preloved. Serious sakit hati...segala kenangan anak sukan hari tu memang hilang macam tu jer. Sampai ke sudah tak dalam nak retrieved balik...dan pendrive tu sampai sekarang rosak macam tu jer.
p/s: Kita selalu fikir jalan singkat untuk untung tanpa menyedari yang kita mahukan adalah keuntungan yang berpanjangan. Bukannya untung hari ini, esok, lusa dan tulat rugi. Kita selalu fikir macam mana nak untung tanpa fikir, keuntungan itu boleh diperolehi dengan redha Illahi. Dia yang mengilhamkan kepada kita strategi jualan dari ilmu yang kita miliki yang dikurniakan hasil dari Dia mengizinkan kita memahami ilmu yang kita cari yang Dia permudahkan kita untuk belajar dari kelas yang Dia rezkikan untuk kita hadiri. Nampak tak Allah itu ada disetiap langkah kita. Habis macam mana kita rasa kita boeh berjaya tanpa keredhaan Allah? Jadi fikir semula, menjual barang sebegitu kepada saya, adakah Allah redha? Pendrive itu RM45 sahaja, tapi gambar yang rosak itu, yang tak dapat saya tunjukkan pada anak-anak 20 tahun akan datang jauh lebih bernilai.
No comments:
Post a Comment
Feel free to leave words. :)