Salam
Saya ingatkan bila laptop sudah dibaiki, saya akan punya banyak masa untuk menulis. Rupanya tidak. Bukan tiada masa tapi masa yang sebenarnya saya rancang untuk menulis blog...telah pun saya isi dengan perkara-perkara lain. Sudah hampir sebulan kita lalui untuk tahun 2016. Zahra dan Wardah sudah mula bersekolah. Wardah masih lagi menangis setiap kali dikejutkan, merayu dan memberitahu saya dia tak mahu ke sekolah. Kalau dinilai dari gayanya, mungkin ambil masa 3 minggu juga untuk dia biasakan diri. Tapi alhamdulillah, Wardah tidaklah memujuk rayu seperti yang Zahra lakukan tahun lepas. Dia lebih kepada merengek-rengek tak mahu kesekolah...dan kemudiannya akan menangis agak kuat di muka pintu sekolah dan berhenti dalam masa 5 minit hasil pujukan cikgu-cikgu. Terima kasih cikgu kerana bersabar dengan anak-anak saya.
Tinggallah saya, Haris dan Rauhah di rumah. Suami terus bergegas ke UIA untuk menyudahkan thesisnya yang berbaki sedikit sahaja lagi. Insyaallah akan diserahkan penghujung Februari nanti. Mudah-mudahan semuanya baik-baik belaka. Oh....saya mahu menangis kegembiraan di majlis graduasinya nanti. Dan...gambar graduasi untuk akan saya gantung di dinding sebaris dengan gambar graduasi saya dan Zahra...dan insyaallah Wardah juga, hujung tahun ini.
Oh ya, saya kini sudah mengambil tempahan untuk busybook atau quietbook. Pada mulanya saya agak keberatan, tetapi kerana request yang terlalu banyak dan pujuk rayu yang begitu hebat...maka saya turukanlah jua. Tapi saya tidak ambil banyak ya, sebab nak jaga kualiti buku itu sendiri, Setiap helaian buku saya jahit, setiap detail dan corak saya jahit supaya ianya tahan lama dan tidak mudah tercabut. Aktiviti pada setiap buku juga boleh disesuaikan mengikut kemahuan ibu dan kesesuaian umur anak-anak. Jadi untuk ibu-ibu yang berminat untuk melihat hasilnya boleh klik link INI atau whatsapp 0122118905. Nanti saya akan kirimkan video dan gambar busybook atau quietbook. Insyaallah puas hati. Nama anak-anak pun boleh diletak di muka hadapan buku...for free :)
No comments:
Post a Comment
Feel free to leave words. :)