Alhamdulillah, dapat juga saya berblog akhirnya. Punya lah lama saya tinggalkan blog sehingga kadang-kadang terlupa ada blog (heh). Mudah-mudahan hari ini langkah pertama untuk saya kembali aktif menulis. Tambah pula, sekarang saya tidak lagi perlu menunggu En. Suami ketandusan idea menulis thesis supaya saya dapat menggunakan laptop (kejamnya!)...laptop pemberian Abah 7 tahun dahulu sudah pun di baiki dan terus kelihatan dan berfungsi seperti baru. Terima kasih En. Suami yang selalu baik dengan isterimu ini...
Seperti post-post yang lalu, yang saya update juga sepintas lalu, saya sudah pun memulakan perniagaan baru...memasuki industri pakaian dan fesyen (cewah) dan mengeluarkan tudung labuh jenama sendiri La Lumiere Hijab. Masih lagi melangkah perlahan, tempahan pun masih perlahan-lahan...tapi saya cuba positif sebolehnya...insyaallah, sedikit masa lagi, semuanya akan mulai baik. Seperti mana saya dan Felt..dengan modal RM50, saya bermula perlahan dan mendapat keuntungan RM3/4 seminggu dan kini mampu menarik nafas lega..keuntungan bertambah dan sudah setanding dengan gaji yang diterima sahabat handai yang berkelulusan degree. Syukur alhamdulillah. Jadi begitu juga dengan tudung, insyaallah...mudah-mudahan dengan usaha, sabar, doa dan tawakal...ada rezeki di kemudian hari.
Kehidupan buat masa ini terlalu memenatkan..bukan saya tidak bersyukur, tapi saya kepenatan. Membesarkan 4 anak kecil, menguruskan rumahtangga dan menguruskan perniagaan...saya selalunya tidur jam 3 pagi untuk menyiapkan pelbagai perkara. Setiap hari Ahad dan Isnin, saya selalunya membungkus semua tempahan..yang kadang-kadang, bila tiba musim gaji..menyebabkan saya pernah tidur jam 5 pagi. Untuk ibu seperti saya, cukup atau tidak tidur tidak boleh dijadikan alasan, saya perlu bangun seperti biasa, menguruskan anak, memasak dan mengemas rumah. Tidak boleh qada tidur kecuali ketika anak-anak tidur petang. Itu pun memerlukan timbangan yang bijak..mana untung? Tidur bersama dengan mereka atau siapkan kerja (yang tidak boleh dilakukan ketika mereka berjaga seperti tangkap gambar produk, menghadap komputer dan sebagainya)?
Oh...penatnya. Kerana penat ini jugalah saya bertekad saya harus mempunyai perniagaan kedua-La Lumiere Hijab...perniagaan yang mengurangkan sikit penggunaan masa saya. Kraftangan memerlukan banyak komitmen...masa dan tenaga. Berbeza dengan tudung yang sibuk pada awalnya dan kemudian...duduk termenung sahaja menunggu tempahan masuk (kalau tempahan tak masuk cemas seorang diri di dalam hati. Huhuhu). Itu rancangan saya...membina La Lumiere Hijab bagi mengurangkan penat dari Crafty Mommy. Mungkin bila La Lumiere semakin mendapat tempat, saya boleh megurangkan pengambilan tempahan dari Crafty Mommy...atau mungkin boleh membuka kedai dan mengambil pekerja. Wallahualam. Apa-apa pun, saya hanya merancang dan Allah la yang menentukan semuanya. Saya mahu redha, qanaah dan bersyukur untuk setiap apa yang Allah tuliskan untuk saya dan keluarga. Insyaallah.
Di lain lembaran...(insyaallah)
No comments:
Post a Comment
Feel free to leave words. :)