Saturday, August 1, 2015

Rindu

Salam

Oh, saya sangat rindu nak menulis. Banyak sangat perkara yang mahu saya coretkan, mahu dijadikan kenangan bila usia semakin meningkat dan ingatan semakin lemah. Senang cerita, takut dah tua nyanyuk...lupa pula perkara yang saya tempuh ketika muda.

Kehidupan sekarang ini sangat-sangat mencabar. Kalau saya menulis tentangnya, mesti lebih hebat dan sedap dibaca berbanding cerita novel jalan cerita klise tentang suami isteri yang geli geleman dan berkahwin kerana terpaksa kemudian jatuh cinta. Bosan sungguh sepertinya tiada modal nak menunjukkan betapa cinta itu indah.

Kehidupan saya dan suami tenang seperti biasa...kecoh dengan anak-anak tapi masih tenang dan membahagiakan. Yang menjadikan kehidupan ini mencabar ialah kehidupan keluarga saya yang ditimpa pelbagai masalah. Satu per satu seperti jatuh ditimpa tangga. Maka saya selalu anak sulung, perlulah sentiasa bersama keluarga disaat-saat begini.Malah saya lebih bersama keluarga berbanding suami sehinngakan ada ketika saya suami sedikit terabai. Tapi syukur alhamdulillah, suami memahami dan tidak banyak merungut. Malahan, dia juga banyak membantu dan menghulurkan bantuan dan sokongan.

Saya mahu coretkan cabaran dan dugaan yang kami hadapi sebagai pedoman tetapi bukan di blog ini. Mungkin di blog baru sebagai penulis yang tidak dikenali. Saya hanya mahu membantu mereka yang mengalami nasib yang sama tapi tidak mahu mendedahkan siapa saya. Kenapa mahu menulis kalau rasa takut terdedah? Kerana saya mahu ada insan yang memerlukan boleh menggunakan pengalaman saya untuk menghadpi dugaan mereka. Mudah-mudahan perkara itu memudahkan mereka. Kerana mengikut pengalaman saya, tidak tahu seperti ini sangat-sangat memenatkan...malahan saya meletakkan komitmen yang sangat tinggi untuk menghadapi keadaan sekarang sehingga ada di antara mereka tertukar profession saya. Apa-apa pun...saya tahu, jika ada orang yang diuji dengan perkara yang sama...mereka pasti berharap ada sumber yang boleh dijadikan rujukan...dan saya mahu membantu..kerana saya tahu betapa tigginya pengharapan ketika itu.

Mudah-mudahan saya ada masa untuk menulis pengalaman ini. Doakan saya. Doakan juga mampu menghadapi hari-hari seterusnya kerana perkara ini masih berlanjutan...mungkin mengambil masa setahun lagi lamanya.



Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...